berita

‘Saya Tak Kisah Dipanggil Anak Emak’ – Fikry Ibrahim

August 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

“Saya cuma ada ibu dan saya buat semua benda demi dia.” Demikian kata pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim apabila diminta mengulas mengenai gelaran ‘anak emak’.

Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Kena Gangguan Seksual Masa Tukar Baju, Wanita Itu Cakap; ‘Alah Tak Luak Pun’

Tak kisah dipanggil anak emak

Menurut Fikry, dia sedikit pun tidak terasa hati dengan tanggapan segelintir pihak yang memanggilnya ‘anak manja emak’.

Kata aktor berumur 28 tahun ini, dia hanya mempunyai ibu dalam kehidupannya dan di situ tempat dia menagih kasih sayang.

Siapa yang kenal, pasti tahu saya sangat rapat dengan ibu sampaikan ada yang kata saya ini anak emak. Betullah itu, kalau saya bukan anak emak, anak siapa lagi?

Saya tak kisah dipanggil ‘anak emak.’ Tak ada tersinggung. Dari sebelum bergelar artis lagi, saya selalu bawa ibu ke mana saja termasuk futsal dan gimnasium.

Lain orang lain pandangan. Mungkin disebabkan faktor masa lalu (susah kahwin dengan anak emak). Saya percaya lelaki kalau tidak mengutamakan keluarga, selalunya tidak akan mengutamakan pasangan juga.

Untuk saya melebihkan ibu, saya rasa tak ada masalah. Saya cuma ada ibu. Saya bekerja pun demi dia, untuk bahagiakan dia.

Sasaran kahwin

Pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim juga menyatakan kriteria utama yang dicarinya untuk dijadikan calon isteri adalah wanita yang boleh menerima dan menyayangi ibunya.

Jadi, kalau ditakdirkan bertemu jodoh, saya harap wanita itu boleh menerima baik ibu saya.

Dulu, pernah saya sasarkan untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Tetapi, nampaknya sekarang macam sudah terlajak.

Memandangkan usia sekarang sudah masuk 28 tahun, saya letakkan sasaran baru iaitu usia 33 tahun. Tetapi, itu hanya perancangan kita sebagai manusia.

Fikry berkata demikian ketika majlis pelancaran jenama TV terbaru Clix keluaran syarikat Techra Marketing Sdn Bhd yang diadakan di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Keluar dari zon selesa

Bercerita mengenai perniagaan berbentuk teknikal yang diceburi dua wanita iaitu Siti Khadijah Abdul Halid dan Hani Diyana Saripudin, berkata, pengguna perlu menstrim kandungan di saluran berkenaan kerana Clix tidak menyokong aktiviti penstriman haram.

Kami sebenarnya mencabar diri kami sebab lambakan produk kurus dan kecantikan, jadi kita beralih ke sesuatu yang luar kotak. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada yang lain.

Orang ramai tidak boleh keluar, dan segala aktiviti berpusat di rumah jadi di sinilah kami dapat idea. Kami harap semua penghuni rumah akan menggunakan khidmat kami kerana ia paling termurah di pasaran.

Kata Khadijah, Clix Smart TV datang dengan ciri-ciri khas antaranya adalah Android 9.0, OLED 4K UHS, aplikasi pintar Google-Play Store dan Chromecast.

Clix Smart TV sudah berada di pasaran bermula dari harga RM 849.99 hingga RM 14,488.99 manakala saiz TV bermula dari 42 inci hingga 100 inci. Pembeli akan menerima Wireless Android Keyboard, Cashback RM 50 dan TV Wall Bracket.

Sumber: Instagram @fikryibrahim

SKIP THIS AD ×