berita

‘Kalau Saya Tak Cerdik, Saya Minta Maaf’ – Alyah Nafi ‘Makan Angin’ Di Langkawi

April 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi Datin Alyah antara selebriti yang turut terpalit dengan kontroversi mengenai dakwaan ‘makan angin’ ke Pulau Langkawi. Katanya, dia turut menerima pelbagai DM dengan kata-kata berbaur kecaman dari pengikut yang tidak dikenalinya.

Terbaru, di laman Instagram, penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu menjelaskan segala spekulasi dan dakwaan yang tidak benar mengenai dirinya.

Terima macam-macam DM

Menurut Datin Alyah, dia menerima pelbagai DM seakan memerli penyanyi ini ke Langkawi adalah untuk ‘makan angin’. Penyanyi ini menjelaskan situasi sebenar di mana dia ke Pulau Langkawi atas tujuan bekerja dengan melakukan video klip di sana demi memastikan perniagaan muzik di bawah syarikatnya berjalan.

Assalam sejak saya berada di Langkawi ni, macam-macam DM yang saya terima contoh DM seperti di atas. Itu belum nombor yang tak kenal dengan tiada salam terus maki hamun saya persoal itu ini pasal SOP. Saya masih seorang penyanyi dan saya bekerja di bawah record saya sendiri.

Sebagai peniaga musik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan peniagaan ini berterusan. Peniagaan musik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja. Tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga.

Atas urusan kerja

Dia turut memuat naik foto surat Permohonan Kebenaran Untuk Merentas Negeri yang disahkan oleh pihak polis ke Pulau Langkawi bermula tarikh 4 April hingga 7 April 2021. Tambah Alyah lagi, dia menafikan segala spekulasi yang memperlihatkan dirinya ‘bersiar-siar’ di atas sebuah kapal.

Bukan itu saja, Datin Alyah juga memohon maaf sekiranya segala tindakan yang dilakukan dilihat ‘tidak cerdik’.

Pihak saya dan team like music SDN BHD ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan MV terbaru saya Thank You Allah. Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya.

Saya tak naik kapal untuk suka-suka. Dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar-tukar baju fesyen. Sebelum saya dan team ke Langkawi, kami sedaya upaya menyediakan segala dokumen perjalanan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf.

Sumber: Alyah

SKIP THIS AD ×