berita

‘Kalau Sembuh, Dapat Dakap Tubuh Mak’ – Jawapan Sayu Pesakit Covid-19 Setiap Kali Ditanya Khabar

March 28th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Apabila disahkan positif jangkitan Covid-19, pesakit hendaklah dikuarantin di hospital sehingga sembuh. Dalam tempoh itu, tiada seorang pun yang dibenarkan berjumpa, mereka hanya boleh berhubung dengan ahli keluarga menerusi telefon.

Seperti perkongsian hiba individu ini di Facebook, setiap kali menerima panggilan daripada anak-anak, wanita tua di sebelah katilnya akan memberikan jawapan ‘mak okay’. Namun hakikat sebenarnya sangat menyedihkan.

Bila anak-anak call, jawapannya ‘mak ok’

Duduk di sebelah saya ini seorang mak cik. Lebih kurang sebaya ma saya. Dia dijangkiti covid-19 daripada anaknya. Sudah lebih 10 hari dia di dalam wad ini. Bila anak-anak call bertanyakan khabar. Semua jawapannya, “mak ok.” Hakikatnya tiada siapa tahu ada masa-masanya mak cik tak ok. Bila doktor tanya, “mak cik ok tak hari ni? Ada batuk tak?”

Jawapannya, “mak cik ok.”

Walhal sesekali ada terdengar batuknya sehingga lewat malam. Sebenarnya mak cik dah jenuh tinggal dalam wad. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tangan mak cik membengkak akibat wayar drip untuk masuk ubat dan air. Bila anak-anak call tanya perkembangan mak. Jawapannya, “mak ok.”

Sedangkan mak cik menahan sakit akibat tangan membengkak. Kelmarin mak cik demam. Suhunya 38.7. Bila anak-anak call tanya, “mak macam mana?” Jawapannya, “mak ok.”

Kejap tadi anak-anak call, “mak dah makan?”

“Iya dah makan,” jawabnya. Tetapi tak dinyatakan hanya sesuap dua yang lalu masuk ke mulut.

Kata mak cik kepada saya, “Nak makan ni bercinta dulu nak habiskan makanan.”

Mak Cik kuat & positif

Sekadar gambar hiasan

Sebab tak lalu dan tak ada selera makan. Itulah mak-mak, walau sakit pun seboleh-bolehnya tak nak anak risau. Dalam keadaan macam ni. Anak tak tahu betul-betul perkembangan mak. Nak datang melawat pun tak boleh. Kalau video call sekalipun, mak pandai berlakon menunjukkan yang… “Mak ok.”

Kalau mak sihat dan sembuh, alhamdulillah kita dapat menatap dan mendakap tubuh mak. Kalau mak pergi meninggalkan kita dalam keadaan dijangkiti covid-19.

-Anak-anak tak boleh nak mandikan jenazah.
-Anak-anak tak boleh nak kucup, peluk cium mak buat kali terakhir.
-Anak-anak dan waris tak boleh nak tengok urusan pengebumian mak.

InsyaAllah mak cik beransur baik. Mak cik kuat dan positif. Mungkin sehari dua mak cik boleh keluar jumpa anak-anak dan keluarga. Kawan-kawan, tempoh kawalan pergerakan ditambah 14 hari lagi. Duduklah di rumah, tahanlah diri. Yang mahu pulang ke kampung bertemu mak ayah, bersabarlah. Kita tidak tahu kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Mungkin kita pembawa covid-19. Kasihanilah keluarga kita.

Tika ini saya terfikirkan keluarga saya. Moga keputusan saringan covid-19 mereka semuanya Negative. Doakan.

#stayathome

Sumber : Que Lyana Shuhaimi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×