
Pelakon, Josiah Hogan meluahkan rasa berang terhadap sikap seorang pelakon yang didakwa tidak profesional ketika bekerja di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chacha Maembong Pernah Tegur Pelakon Baru, Sikap Tak Profesional Di Set – ‘Datang Lambat Tapi Tiada Kata Maaf’
Pelakon demand

Menerusi hantaran di Threads, Josiah berkongsi kekecewaannya terhadap individu berkenaan yang didakwa meletakkan pelbagai syarat walaupun kemunculannya dalam naskhah tersebut agak terhad.
Aku sumpah pantang sejenis pelakon yang stesen TV nak, lepas itu minta bayaran mahal nak mampus.
Dalam skrip pun sampai tiga hingga empat babak ada watak dia pun dia selamba cakap dekat pengarah watak dia tak perlu ada.
Dalam perkongsian sama, Josiah turut menyentuh mengenai sikap pelakon tersebut yang dikatakan tidak komited terhadap jadual kerja dan seolah-olah tidak menghargai peluang yang diberikan.
Kemudian nak balik sebelum pukul 7 petang. Kau tahu tak rezeki kau itu Allah dah bagi. Sumpah tak bersyukur.
Kalau tak suka berlakon, bagitahu stesen TV yang kau dah tak minat berlakon. Aku boleh ganti tempat kau. Aku jauh lagi disiplin dari kau, jauh lagi murah dari kau dan jauh lagi berbakat daripada kau.
Luahan tersebut menarik perhatian wargamaya yang rata-ratanya terkejut, selain mula berteka-teki mengenai identiti pelakon yang dimaksudkan.
Bagaimanapun, Josiah tidak mendedahkan siapa individu terbabit, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Sumber: Threads







