berita

‘Kalau Tak Suka, Jangan Follow’ – Respon Shuib Apabila Didakwa Riak Tunjuk Kereta Mewah

November 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jika sebelum ini, pelawak terkenal tanah air, Shuib Sepahtu sering dikaitkan dengan pembabitannya dalam memodifikasi motosikal Ysuku. Kali ini, dia menarik perhatian netizen sekali lagi apabila memuat naik gambar bersama kereta-kereta mewah berkuasa tinggi.

Jangan follow saya kalau tak suka

Oleh sebab suka memuat naik gambar kereta mewah, terdapat segelintir netizen yang beranggapan bahawa dia suka menunjuk-nunjuk kemewahan diri. Bagaimanapun, menerusi Media Hiburan, Shuib menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi minatnya terhadap kereta melalui laman sosial miliknya.

Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka. Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya.

Sebagai motivasi diri

Nilai harga kereta yang mencecah jutaan ringgit itu disifatkan sebagai pemangkin motivasi dirinya untuk terus berusaha dalam kerjaya. Shuib turut menafi dakwaan media sebelum ini yang mengatakan dirinya seorang jutawan.

Saya minat dan apabila minat, saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri.

Antara posting di Instagramnya

https://www.instagram.com/p/B4mnmAEnMuu/

https://www.instagram.com/p/B4pAQVYHvCa/

https://www.instagram.com/p/B4Y_QkHHyOR/

Sumber: Media Hiburan, Shuib

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×