Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menegur sikap segelintir netizen yang gemar mencari keburukkan orang lain dengan cara meninggalkan komen negatif di akaun media sosialnya.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kongsi Tips Diet, Tiga Bulan Tak Makan Nasi – ‘Sekarang Ambil Tapi Dua Sudu, Nak Berat 60kg’
Nampak sangat hati hitam
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Abby memuat naik video dirinya yang menjalani sesi penggambaran bersama pelakon Zack X Factor.
Menurut Abby, terdapat segelintir netizen seakan iri hati setiap kali dirinya digandingkan dengan pelakon lelaki yang lebih muda daripadanya.
Yang pasti setelah sekian lama tak shooting drama berepisod, kali ini saya terima watak ini. Sebab apa? Nanti cerita.
Sekarang saya berlakon dengan Zack X Factor, kami sebaya. Ada yang dengki kata nampak macam mak dengan anak.
Nampak hitam sangat hati tu.
Cemburu ke awak? Kurus cemburu, berlakon pun cemburu. Awak okay ke tu? Bahagia tak hidup tu?
Tak suka, abaikan
Menerusi hantaran yang sama, pelakon berusia 46 tahun itu menitipkan pesanan agar orang ramai tidak sibuk menjaga tepi kain orang lain.
Menurut Abby, jika mereka tidak gemar dengan hantaran yang dimuat naik seseorang, adalah lebih elok diabaikan tanpa meninggalkan kata-kata yang menyakiti orang lain.
Tak baik tau cemburu dengan rezeki orang. Rezeki awak pun ada dah Allah aturkan. Jadi jaga diri baik-baik okay.
Esok saya masuk gambar dengan video lagi banyak okay. Yang suka, tengok, tak suka abaikan.
Terdahulu, Abby menerima kecaman wargamaya yang mendakwa pelakon jelita ini kelihatan seperti menggeletis ketika berlakon dengan Aeril Zafrel.
Walau bagaimanapun, Abby menegaskan bahawa tiada babak bersentuhan yang dilakukannya sewaktu sesi penggambaran bersama Aeril.
Sumber: Instagram Abby Abadi