berita

[VIDEO] “Kalau Tak, Tak Tahu Nak Makan Apa” – Ini Bagaimana Korang Boleh Bantu Rakan Jalanan

April 8th, 2021 | by Danialaffiq
Video Popular

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui oleh rakan jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Namun, di sebalik pahit getir dilalui mereka, masih ada pihak yang sentiasa berbesar hati memberikan sumbangan bagi meringankan beban.

Baru-baru ini, team OHBULAN! dan Pertiwi Soup Kitchen bekerjasama mengedarkan sumbangan makanan yang ditaja oleh Kawan Food kepada rakan jalanan di sekitar Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Program yang dijalankan kali ini bertujuan menerapkan sifat prihatin dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat serta memupuk rasa tanggungjawab dalam diri.

Program ini secara tidak langsung juga dapat membantu golongan rakan jalanan meneruskan kehidupan mereka.

Beli dan derma bersama Kawan Food

 

Seiring dengan inisiatif yang dijalankan, pihak Kawan Food juga ingin memberi peluang kepada korang untuk turut serta memberi sumbangan kepada rakan jalanan melalui promosi beli dan derma.

Dengan pembelian dua produk roti paratha Kawan Food, satu produk akan didermakan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Jadi, buat korang yang berminat dan bermurah hati untuk menyumbang kepada rakan jalanan bolehlah membeli 2 roti paratha keluaran Kawan Food sekarang di SINI.

Sedikit manapun bantuan yang dihulurkan pasti dapat membantu mereka yang memerlukan!

SKIP THIS AD ×