berita

‘Kalau Tak Ada Bakat, Takkan Dalam Industri?’ – Artis Baru Wanita Popular Dilabel Terdesak, Harapkan Publisiti

September 26th, 2019 | by faris
Kini Trending

Nama Haneesya Hanee kembali menjadi sebutan setelah berjaya membawa pulang trofi Artis Baru Wanita Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32, Ahad lalu. Kemenangannya itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang berpuas hati dari netizen yang mempertikai kejayaan bekas Dewi Remaja tersebut.

Sekali lagi, Haneesya ‘berbalah’ dengan pengguna Twitter setelah satu kenyataan provokasi dimuatnaik seorang individu di laman sosial berkenaan.

Muatnaik komen netizen

Pengguna Twitter dengan nama @ehsan_is_here meninggalkan komen menggelar ‘Haneesya Hitam’. Haneesya kemudiannya  memuatnaik screenshot komen berkenaan bersama gambar individu berkenaan.

Ramai je artis yang gelap

Seorang peminatnya kemudiannya memuji Haneesya kerana menerima warna kulitnya seadanya, namun untuk kekal berada dalam industri hiburan, isu itu patut berhenti digunakan. Tambahnya lagi, masih ramai artis yang berkulit gelap namun masih berdiri atas bakat sendiri.

Ujar individu itu, bila isu berkenaan kerapkali dimainkan, seolah-olah Haneesya terdesak untuk diterima kerana tidak berbakat.

Haneesya kemudiannya menyelar kenyataan itu dan berkata dia tidak mungkin berada di dalam industri jika tidak ada bakat.

Tak habis-habis isu hitam

Netizen juga mempersoal sampai bila isu warna kulit akan dimainkan Haneesya. Tambah mereka lagi, sebelum ini pun pelakon itu sendiri berbangga dengan kulitnya dan tidak patut meminta simpati apabila dikatakan hitam.

Malahan di Twitternya, Haneesya berkata dia sudah penat untuk bercakap berkenaan hal itu kerana akhirnya tidak akan difahami oleh netizen juga.

Sumber: Haneesya Hanee

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×