Pengorbanan seorang isteri buat suami tercinta sememangnya tiada ternilai. Begitulah kisah di mana seorang isteri sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur hingga ke Ipoh kerana suaminya merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk menunggang motosikal.
Menerusi Twitter Muhamad Firdaus Ibrahim yang juga merupakan atlet paralimpik negara dalam sukan tenis memberitahu bahawa isterinya sanggup menunggang motosikal sejauh itu sambil diekorinya. Dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang menerima kekurangan pada dirinya.
Bawa motor dari KL ke Ipoh
Salute to my wife , bawak motor dari KL ke Ipoh.
Kental sungguh hatinya.
What do I deserve to have her in my life. pic.twitter.com/jhdQ0FvW75
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) June 14, 2020
Menurutnya motosikal tersebut telah lama tersadai di Kuala Lumpur sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan. Oleh kerana kekurangan yang ada pada dirinya telah memaksa si isteri untuk menunggang motosikal sejauh itu. Tambahnya lagi, jika dia diberikan kesihatan yang sempurna, sudah semestinya dia yang bertanggungjawab untuk menunggang motosikal itu. Pengorbanan si isteri tidak mampu untuk diungkapkan.
Pengorbanannya sebanyak cintanya
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) June 14, 2020
Rata-rata tersentuh dengan pasangan ini
Rata-rata netizen tersentuh dengan pasangan ini dan ingin menjadikan contoh kepada pasangan yang hendak berkahwin di luar sana sebagai pengajaran untuk menerima kekurangan dan kelemahan pasangan masing-masing.
Sumber: Firdaus Ibrahim