Beberapa hari lepas perkongsian Fynn Jamal mengenai persamaan solat lelaki dan wanita telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang beranggapan Fynn Jamal keterlaluan dan terlalu cepat menjatuhkan hukum.
Artikel berkaitan : ‘Jangan Solat Macam Anjing’ – Samakan Solat Lelaki & Wanita, Ini Teguran Buat Fynn Jamal
Di laman facebook Fynn Jamal tampil memohon maaf dan menjelaskan kekeliruan yang berlaku.
Bezanya saya artis, itu sahaja
Saya orang yang ada landasan cuma tergelincir
Saya masih lagi belajar, tidak langsung ada niat melangkah ulama’
Untuk itu maafkan saya
Perkara-perkara saya kongsi– bukan saya reka
Kalau pun saya salah– doakan saya
sumber : Fynn Jamal