berita

Kamal Adli Kecewa Liyana Jasmay Kenalkan Intan Ladyana Dengan Lelaki Lain

December 3rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-12-03 at 11.01.53 AM

Rasanya peminat industri hiburan tanah air pasti sudah tahu mengenai hubungan pelakon kacak, Kamal Adli dan Intan Ladyana yang sudah berakhir. Betul tak?

Tiba-tiba, semalam kecoh sekejap mengenai Liyana Jasmay yang mengaku ada memperkenalkan seorang jejaka kepada Intan Ladyana. Wah! Dah bertemu pengganti ke Intan?

Tapi, pagi ini, khabarnya Kamal Adli terluka dengan tindakan Liyana Jasmay tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, meh baca lagi.

Screen Shot 2014-12-03 at 11.03.06 AM

Menerusi laporan mStar Online, Kamal mengakui terkejut dan terkilan apabila mendapat tahu Liyana Jasmay memperkenalkan jejaka lain kepada Intan.

Terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan.

Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang.

Apapun, kami harap Kamal bertabahlah ya. Hidup perlu diteruskan. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kamal dan Intan.

SKIP THIS AD ×