berita

‘Kami Berkenalan Menerusi Kawan’ – Haliza Misbun Kongsi Kisah Pertemuan Pertama Bersama Suami

April 11th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Haliza Misbun telah sah menjadi isteri kepada jejaka British yang dikenali sebagai Matthew John Rodgers. Pelakon berusia 48 tahun itu telah mengadakan upacara akad nikah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin sebanyak RM80 sahaja.

Ini perkahwinan pertama saya

Memetik laporan BH Online, Matthew John Rodgers juga sebaya usia Haliza dan dia berstatus duda anak satu. Suami kepada Haliza itu merupakan seorang perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri hanya 50 orang tetamu sahaja dan Haliza menerima mas kahwin berjumlah RM80 serta wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik percintaan yang terjalin sejak empat tahun lalu. Manakala, pelakon itu menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tiga daripada pengantin lelaki.

Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insya-Allah. Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan. Bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan.

Terbuka dalam pelbagai aspek

Haliza turut berkongsi kisah pertemuaan dengan suami buat kali pertama. Dia turut mengakui sudah menjalin hubungan percintaan sejak empat tahun lalu lagi.

Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani membawanya bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.

Barangkali, disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami. Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pandemik COVID-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×