berita

‘Kami Berpendirian Tegas & Hanya Bekerja Dengan Mereka Yang Sudah Divaksin’ – Pengarah

July 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pengarah dan pelakon, Michael Ang memberi cadangan kepada semua anak seni supaya mengambil vaksin bagi memudahkan urusan penggambaran kelak. Bukan itu sahaja, kesemua krew pihak produksi perlu melakukan hal yang sama bagi mengelakkan sebarang kluster baru wujud di negara ini.

Artikel berkaitan: Michael Ang Mohon Stesen TV Beri Kelonggaran Tukar Pelakon Sekiranya Artis ‘Tak Nak’ Ambil Vaksin

Terbaru, pengarah drama terkenal iaitu Sharulezad menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Ang.

Demi keselamatan semua

For safety and security set kami. Kami tak ada pilihan selain dari berkerja dengan mereka yang sudah divaksin saja. Tak sanggup nak rasa cemas turun set hari hari dalam keadaan tak secured. Ya betul ajal maut di tangan Allah tapi usaha kita sebagai manusia dalam berdepan dengan pandemic perlu diberi keutamaan. Selain dari menjaga SOP yang ketat di set. Vaksin jugak adalah salah satu ikhtiar yg harus dipertimbangkan.

Menurut Sharulezad atau lebih mesra disapa dengan panggilan Budat Ijat, pihaknya menghormati keputusan golongan artis dan krew yang enggan mengambil vaksin termasuk mereka yang masih mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Jelas Budak Ijat, dia tidak paksa golongan tersebut untuk ambil vaksin. Ini kerana, keputusan tersebut di tangan masing-masing.

Namun begitu, sebagai produser dan pengarah, Budak Ijat memberitahu bahawa dia mempunyai hak dalam memastikan set penggambaran berada dalam keadaan selamat. Ujarnya lagi, selain dari tawakal dan berdoa, usaha juga perlu dilakukan demi memastikan semua orang disekeliling dilindungi.

Bekerja dengan mereka yang sudah divaksin

Bagi artis atau pun krew yang tetap bertegas menolak dari divaksin trust me ramai production dan produser sudi terima khidmat anda. But definitely not with Radiusone. Di Radiusone kami mengambil pendirian tegas hanya memilih untuk bekerja dengan mereka yg dah divaksin walaupun cuma baru satu dose. Apa apa hal pun abam tetap doakan rezeki anda ada bersama mereka walaupun bukan dengan abam dan radiusone. No hard feeling okay.

Di akhir posting, Budak Ijat memaklumkan bahawa pihaknya akan bekerja dengan mereka yang sudah divaksin sahaja. Ujarnya lagi, posting tersebut merupakan pendirian rasmi yang dibuat olehnya bersama pihak produksi. Di samping itu juga, Budak Ijat memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan golongan pro vaksin ataupun tidak.

Sumber: Budak Ijat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×