berita

Kami ‘Bersatu’ Untuk Kebahagiaan Anak-Anak – Norman Hakim

May 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Umum sedia maklum, keluarga besar Norman Hakim dan Abby Abadi sangat mesra dan sering melakukan aktiviti keluarga bersama. Walaupun telah lama berpisah, namun, ikatan kedua keluarga besar ini masih terjalin dengan baik hingga mendapat pujian netizen.

Terbaru menerusi Instagram Norman Hakim, dia berkongsi beberapa nasihat berguna buat pasangan yang telah berpisah lama supaya membuang sifat ego bagi memperbaiki hubungan keluarga bahagia demi anak-anak.

Buang rasa ego

Salam Ramadhan & selamat menunaikan ibadah puasa 1440H dari saya seisi keluarga.

Jom niat dan tekad utk sama-sama kita berusaha jadikan Ramadhan untuk yang ke sekian kali ni sebagai pentas ibadah terbaik buat kita semua, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya ye kesayanganku semua.

Kuasa ALLAH maha kuat, maha hebat dan Allah maha pengasih, maha pengampun, maha penyayang. Inilah peluang terbaik untuk kita berhabisan mohon pengampunan dariNya atas khilaf kita sebagai manusia yang tidak akan ada kesempurnaan termasuk kitaorang semua.

Saya terpanggil untuk berkongsi disini, khusus buat keluarga yang pernah berpisah (khusus buat ayah dan mak yang berpisah yang mungkin kalian tak tahu yang anak-anak kalian selalu DM saya minta pandangan dan nasihat macam mana nak ayah dan mak mereka ‘bersatu macam Abang Norman dan Kak Abby’), maka jadikanlah Ramadhan Kareem ini sebagai platform untuk penyatuan semula. Buangkanlah ego yang bersifat syaitonirrajim untuk ambil langkah dan usaha seiring dengan DOA.

Yakin pada doa

Percaya dan yakinlah, DOA adalah senjata mustajab kita sebagai muslim. Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa-doa kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ dimana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini dikala bersatu dengan izin kuasa ALLAH S.W.T yang Maha Kuat dan Hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk, lentur, jaga, takluk dan peluk hanya dengan DOA dan pada ketika itu sesuatu yang dianggap mustahil akan jadi sebaliknya.

Buat adik-adik dan anak-anak yang selalu DM atau luahkan rasa, terus istiqomah dalam berdoa, berdoa dan berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut. Dan buat Ayah dan Ibu yang terpisah, ‘bersatu’lah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha demi cahayamata-cahayamata harta dunia akhirat kita.

Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak-anak dan Allah hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih dan sayang’ yang Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak-anak sebab kami sangat takut tak dapat berdepan dan menjawab didepanNya dihari muka nanti.

Akhir qalam.. Hentikanlah pertengkaran, tinggalkanlah sangkaan, binalah perhubungan, saling bermaafan dan hayatilah Ramadhan.

Pengalaman dikongsi netizen

Reaksi netizen

Sumber: Norman Hakim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×