berita

Kami Boleh Bersatu Demi Anak – Erra Fazira Respon Hubungan Dengan Bekas Suami & Shahir

May 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

SIDANG-MEDIA-KONSERT-TEATERIKAL-SUARA-KITA-AWIE-–-ERRA-–-ZIANA-35-630x420

Awal minggu lalu juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi telah mengaku sedang berkawan Erra Fazira selepas beberapa kali mereka dilihat keluar bersama.

Bagaimanapun, Erra yang ditemui malam semalam di pelancaran koleksi raya Rizman Ruzaini sedikit terkejut apabila perkara tersebut dijadikan isu besar sedangkan mereka hanya berkawan sebagai artis di dalam industri.

Saya mengakui saya berkawan dengan Shahir, kenapa dipersoalkan? Saya faham situasi kejadian, dia budak baru dan mungkin terkejut bila diterjah dengan soalan sebegitu dan kenyataannya dimanipulasi oleh media. Saya ada ketika dia ditemubual, tidak timbul isu kami berkawan rapat.

Kita sebenarnya ada melamar dia untuk berlakon teater akan datang tetapi dia sedang mempertimbangkan.

Sementara itu mengenai tindakan bekas suami Erra iaitu Engku Emran yang kerap berkongsi foto-foto mereka bersama di Instagram, primadona tanah air itu menganggap ianya sebagai contoh yang patut dijadikan ikutan oleh pasangan berpisah yang lain.

erra fazira-1

Saya faham niat dia ingin menunjukkan kami ni sebagai contoh bahawa walaupun kita berpisah, tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu. Maksudnya di sini, bukan bersatu kembali, tetapi berbaik demi anak.

Macam baru-baru ni, saya pergi ke sekolah anak bersama dengan dia. Itu yang sepatutnya dipraktikkan oleh insan-insan yang sedang berpisah dan ada anak. Tak semestinya kena berkahwin dan rujuk semula.

Dalam pada itu, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik oleh Emran sekitar petang semalam, ramai peminat yang masih tidak jemu berdoa agar keluarga ini dapat disatukan semula demi kebaikan Engku Aleesya.

Biarpun peminat mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing, namun ianya terpulang kepada Erra untuk memilih kebahagiaanya sendiri. Betul, tak?

SKIP THIS AD ×