berita

‘Kami Dah Lakukan Sanitasi’ – One Utama Respon Isu Pekerja Positif Covid-19

October 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pusat beli-belah One Utama menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan seorang pekerja di kedai Mac City positif Covid-19. Kenyataan itu bagaimanapun telah mencetus kegusaran kepada orang ramai termasuk pekerja dan pelanggan yang lain. Pihak One Utama menerusi laman Facebook bagaimanapun menjawab beberapa persoalan yang dinyatakan orang ramai.

Kenyataan rasmi 1 Utama

Kenyataan rasmi bertarikh 5 Oktober 2020 itu mengesahkan seorang pekerja di Mac City dijangkiti Covid-19. Staf berkenaan didapati terakhir bekerja di kedai tersebut pada 30 September dan bercuti pada 1 Oktober lalu.

Terkini, dia menerima rawatan di salah sebuah hospital kerajaan. Perkara tersebut sekali gus menjadikan kes pertama positif Covid-19 yang berlaku di One Utama bagi tahun ini. Bagaimanapun, pusat beli-belah berkenaan telah disanitasi sepenuhnya termasuk di dalam lift, tandas, dan eskalator lain-lain.

Proses sanitasi

Difahamkan, Mac City baru sahaja memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan OU. Sejurus itu, One Utama segera mengarahkan premis tersebut menutup operasi dan melakukan proses sanitasi mengikut SOP yang ditetapkan. Setakat ini, semua langkah pencegahan telah diambil bagi membendung penularan wabak. Pihak One Utama masih belum menerima apa-apa laporan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimana dengan premis lain?

Menjadi persoalan, bagaimana premis-premis lain yang berada di One Utama? Adakah kesemua premis tersebut akan disanitasi atau hanya tempat umum di One Utama sahaja?

Sudah tentu pusat membeli-belah tersebut akan disanitasi secara keseluruhan.

Kenapa baru sekarang melaporkan kes ini?

Cetus beberapa persoalan dari orang ramai, mengapa selepas 5 hari sejak 30 September lalu baru pihak pengurusan OU memaklumkan perkara demikian?

One Utama bagaimanapun memberi respon yang sama di mana mereka hanya mengetahui perkara tersebut hanya melalui percakapan dari pihak Mac City sahaja. Bagaimanapun, segala langkah pencegahan dan sanitasi telah dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan. Pihak OU juga perlu menunggu kesahihan berita dari KKM sebelum mereka memberi apa-apa kenyataan secara umum.

Sumber: One Utama

SKIP THIS AD ×