Duo adik beradik iaitu Ryan dan Adam Bakery memaklumkan mereka telah mempersiapkan diri untuk persembahan minggu yang ketiga Famili Duo, Ahad ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Jujur, Nyanyian Tak Sedap & Mengganggu Telinga Saya’ – Ajai Tak Suka Persembahan Ryan & Adam Bakery
Artikel Berkaitan: Dikritik Nyanyian Tak Sedap, Ini Respon Ryan Bakery – ‘Kami Tak Rasa Apa-Apa, Kami Bukan Penyanyi..’
Berjalan dengan lancar
Ketika ditemui OhBulan!, mereka memberitahu segala persiapan termasuk konsep persembahan dan pemilihan lagu untuk minggu ini berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, kami dapat siap awal dari segi konsep dan lagu. Semuanya dah disusun, cuma kita nak latih lagi vokal bagi sedap.
Disoal mengenai latihan vokal, Ryan dan Adam memberitahu mereka menghadiri kelas vokal selama empat hari seminggu bersama guru vokal Afif atau nama sebenarnya Ahmad Aliff Afif Tirmizie.
Ujar Ryan, guru mereka seorang yang tegas namun, sentiasa berfikiran positif. Bukan itu sahaja, Afif sentiasa memberikan semangat kepada mereka berdua untuk membuat persembahan yang terbaik pada setiap minggu.
Afif seorang cikgu yang positif, dalam belajar dia memang tegas, tiada selindung dan kalau salah dia akan cakap salah. Kami banyak belajar dengan dia.
Setiap kali habis persembahan, dia selalu bagi semangat dan cakap kami dah buat yang terbaik. Sepanjang berlatih, hari ini kami dah buat yang terbaik.
Teruja untuk minggu ketiga
Dalam pada itu, Adam dan Ryan berasa teruja untuk minggu ketiga yang bertemakan rock kerana bagi mereka tema minggu lepas agak susah bila Mummy (Mas Idayu) minta untuk rasa cinta itu dalam persembahan.
Menurut duo ini lagi, mereka belum sempat untuk meminta maklum balas daripada Ajai dan Mummy (Mas Idayu) secara peribadi kerana jadual yang agak sibuk dan tidak mahu menganggu mereka.
Namun, Ajai pernah berpesan kepada mereka agar menunjukkan sesuatu yang bagus walaupun bukan penyanyi,
Kami bukan penyanyi tapi kami ada barang yang kami boleh jual. Mungkin apa yang abang Ajai tegaskan minggu lepas sebab dia tak nampak lagi barang yang kami nak bawa.
Sementara itu, Ryan dan Adam berharap agar penonton terhibur dengan persembahan yang akan mereka lakukan pada minggu ini.