berita

Kami Kongsi Tips Pilih Jam Tangan Berkualiti Mengikut Keperluan Korang & Ini Jam Tangan Pilihan Kami!

January 18th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang tahu tak pemilihan dan pemakaian jam tangan melambangkan keperibadian, status dan kedudukan seseorang? Sebab itu jam tangan didatangkan dengan pelbagai rekaan bagi memenuhi keperluan pemiliknya.

Oleh itu hari ini kita nak kongsi cara terbaik korang nak pilih jam tangan yang tidak hanya sesuai dengan personaliti korang tapi ianya juga boleh berfungsi dengan baik dan dalam masa yang sama korang boleh gunakan untuk pelbagai aktiviti.

Teliti Rekaan Jam & Fungsi!

Langkah pertama yang korang perlu buat apabila nak beli jam tangan pastikan korang pilih rekaan korang suka. Ingat! Mesti cari yang korang minat dan bukan sesekali yang orang recommend. Kenapa begitu? Hal ini kerana, kita lebih cenderung untuk menyukai dan meminati sesuatu yang bersesuaian dengan diri kita.

Selain itu, pastikan juga jam tangan tersebut memiliki fungsi yang korang inginkan. Itu kunci utama. Korang pun tahukan setiap orang ada keperluannya yang tersendiri. Ada orang beli jam tangan untuk digunakan ketika menyelam, Ada orang beli jam tangan untuk mendaki, ada orang beli jam tangan untuk tampil bergaya dan banyak lagi la.

Pilih jam tangan yang diperbuat daripada material berkualiti!

Selepas korang dah pilih rekaan yang korang suka dan minat. Korang tanya juru jual tersebut mengenai keluli yang digunakan untuk menghasilkan jam tangan tersebut. Kemudian, lihat juga finishing jam tangan tersebut sama ada matte atau telah di polished. Mudah kan?

Disamping itu, jika tali jam tangan yang digunakan diperbuat daripada material seperti kulit, getah atau kain, pastikan juga korang tanya cara penjagaan dan sebagainya dekat juru jual. Dah melabur mahal-mahal, nanti takut salah cara penjagaan rosak jam tu nanti.

Mido Ocean Star Tribute, jam tangan impian semua.

Bagi korang yang tak tahu nak beli jam tangan jenama apa, kami di Oh Bulan recommend korang dapatkan Mido Ocean Star Tribute. Jam tangan ini dihasilkan menggunakan keluli tahan karat dengan finishing kemas berkilat pada muka rangka jam yang memiliki ketebalan sehingga 40.5mm.

Bukan itu sahaja, Mido Ocean Star Tribute merupakan jam tangan menawan edisi istimewa dengan potongan flat diamond cut pada jarum jam dan minit dengan Super-LumiNova® yang berwarna putih. Awesome kan?

Kalau korang nak tahu, untuk model Mido Ocean Star Tribute , jam tangan ini didatangkan dalam warna khaki. Menariknya, warna kaki juga digunakan pada kerangka aluminium rotating bezel dan strap jam tangan tersebut.  Automi, jam tangan yang luar biasa ini disokong kuat oleh sistem automatik Caliber 80 yang mampu bertahan sehingga 80 jam selain kalis air walaupun berada 200 meter/ 660 kaki dibawah permukaan air.

Kiranya kalau korang suka buat aktiviti air, jam ni memang sesuai sangat untuk kita beli especially buat korang yang suka diving atau snorkeling. Walau bagaimanapun, Mido Ocean Star Tribute juga boleh digayakan dimana-mana acara. Nak pakai datang office untuk meeting jumpa pelanggan pun nice.

Jadi, kalau korang nak tampil bergaya dan menawan seperti Kim Soo Hyun, duta Mido Ocean Star Tribute. Korang klik je link dibawah untuk buat pembelian secara dalam talian. Tak pun korang singgah je butik jam Mido yang berdekatan dengan korang.

 

 

 

SKIP THIS AD ×