Musibah banjir yang berlaku di Pulau Langkawi, Kedah, pada Ahad lalu mengejutkan ramai orang. Sebanyak 14 kawasan di empat mukim di Pulau Langkawi dinaiki air susulan hujan lebat dan angin kencang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Benda Boleh Dipermain, Tapi Bab Anak Rasa Lain Sikit’ – Haris Ismail
Nampak ombak kuat
Selebriti terkenal, Neleofa dan suami, Pencetus Ummah (PU) Riz serta anak lelaki mereka, Muhammad Bilal kebetulan baru pulang dari bercuti di pulau peranginan popular itu, minggu lepas.
Memetik laporan Gempak, Neelofa berkata dia terkejut sejurus membaca berita tentang bencana alam itu.
Kata usahawan berumur 33 tahun itu, dia dan Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sudah perasan dengan perubahan air laut yang bergelora kuat.
Memang terkejut! Ceritanya, siang hari itu sebelum kami pulang, saya dan suami ada perasan keadaan air laut yang agak berlainan seperti biasa.
Apa yang peliknya, ombak di persisiran pantai berhadapan dengan vila tempat kami menginap bukan main kuat.
Air pula seperti sedang pasang, macam waktu Subuh. Walhal waktu itu dah tengah hari.
Kami macam tak sedap hati. Sekali tengok esoknya banjir.
Untuk rekod, Pulau Langkawi adalah percutian pertama buat Muhammad Bilal selepas Neelofa mendedahkan wajah penuh kepada umum di Instagram (IG).
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Sumber: Gempak