berita

‘Kami Masih Okay’ – Nelydia Senrose Nafi Putus Cinta

April 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

event M STAR-167

Febuari lalu, OHBULAN! ada memaparkan mengenai tindakan Nelydia Senrose memadam foto kekasihnya iaitu Qi Razali dari laman sosial Instagram miliknya.

Lalu, timbul desas-desus mengatakan hubungan Nelydia dan Qi sudah putus dek kerana adanya orang ketiga dalam hubungan mereka.

Sungguhpun begitu, hingga kini masih belum ada kenyataan dari mana-mana pihak, baik Nelydia mahupun Qi, masing-masing menafikan dakwaan hubungan mereka sudah berakhir.

event M STAR-154

Hubungan Nelydia dan Qi Razali masih seperti biasa

Baru-baru ini, Nelydia telah hadir ke satu majlis bersama Qi dan ini menguatkan lagi andaian kami bahawa hubungan gadis kacukan Siam-Melayu ini masih baik seperti biasa.

Nelydia ketika ditemui menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka masih seperti biasa dan tidak mempunyai apa-apa masalah.

Saya ada reason saya sendiri kenapa buat sedemikian, saya kena jaga hati banyak pihak, kami memang tak pernah putus malah hubungan kami masih okay, sekarang ini pun datang bersama, dan macam biasa la.

Ditanya adakan dia selesa apabila peminat menginginkan dia dan Sharnaaz bercinta, Nelydia menjelaskan hubungan dia dan Sharnaaz hanya sebagai kawan dan gembira apabila gandingannya dengan jejaka itu membuahkan hasil.

Alhamdulillah org suka gandingan saya dengan dia (Sharnaaz) nampak kerja keras dan chemistry kami membuahkan hasil. Saya cuma anggap ia perkara biasa, kalau saya berganding dengan orang lain juga mungkin akan terjadi perkara yang sama. Nama pun lakonan.

Saya tiada masalah dengan gosip, saya percaya mereka ada imaginasi sendiri, mungkin mereka terbawa-bawa hubungan kami ke realiti, saya happy sebab somehow lakonan kami menjadi juga la sebab orang terbawa-bawa perkara itu sampai luar.

Dalam pada itu, Nelydia berkata dia masih belum mempunyai apa-apa perancangan mengenai hala tuju hubungannya denga Qi, tetapi dia akan memberitahu peminat sekiranya ada berita gembira mengenai mereka nanti.

Terungkai sudah teka-teki hubungan Melydia dan Qi, kami doakan pasangan ini cepat-cepatlah ke jinjang pelamin. Tak gitu? Apa pun, kepada pembaca setia kami, nah, kami sediakan beberapa foto Nelydia khas buat anda.

SKIP THIS AD ×