Foto: Tangkap layar video
Semalam, pelawak terkenal Shuib Sepahtu menjelaskan pembantu rumahnya telah disahkan positif Covid-19 dan mereka sekeluarga telah pun membuat ujian saringan Covid-19.
Artikel Berkaitan: Pembantu Rumah Disahkan Positif Covid-19, Shuib Sekeluarga Buat Swab Test
Terbaru, menerusi satu hantaran isterinya Siti Sarah di laman Instagram, berkongsi kisah ‘duka’ apabila mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19.
Sah Covid-19
Foto: Shuib Sepahtu
Ujar penyanyi ini, mereka sekeluarga disahkan menghidap Covid-19 setelah mendapat keputusan menerusi ujian calitan yang dilakukan. Pada masa yang sama, Sarah menjelaskan mereka sekeluarga reda dengan apa yang telah terjadi dan meminta doa daripada orang ramai supaya mereka kembali sembuh seperti sedia kala.
Assalamualaikum semua.. kami dah dapat dah keputusan swab test pagi ni.. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positive covid. Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Mohon semua doakan kami sekelurga mengharungi 14 hari ni. Kami serahkan semuanya kepada Allah. Amin insha Allah.
Siti Sarah juga menjelaskan dia akan sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan apa yang telah berlaku.
Sarah nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan & perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ni bagi pihak sarah. And sarah & keluarga nak kekal positif dan melihat apa yg terjadi ni sebagai satu hikmah. Doakan sarah dan family segera sembuh ya. Terima kasih.
Posting asal
View this post on Instagram
Sumber: Siti Sarah