Baru-baru ini, penyanyi terkenal Shila Amzah ada melakukan sesi soal jawab (Q & A) di Instagram Stories miliknya.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Tanya Tentang Ibu Bapa Saya’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Akhirnya ‘Spill The Tea’! Jumpa Baju Penyondol Dalam Bagasi ND Lala, Anak Dituduh Curi Kereta
Tak mahu stress
Menerusi sesi tersebut, Shila menerima pertanyaan daripada seorang pengikutnya berhubung soal zuriat yang ingin mengetahui cara atau ikhtiar yang akan dilakukan sekiranya penyanyi itu dalam perancangan untuk mendapatkan cahaya mata.
Nak tanya kalau Sha (Shila) rancang nak ada baby perlu ke berurut peranakkan dan strict in diet? Doakan saya dapat baby.
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Shila memberitahu dia akan berurut sebagai salah satu ikhtiar namun enggan menjadikan soal zuriat sebagai tekanan dalam kehidupannya bersama suami, Ubai.
Urut semua tu kan ikhtiar, Insya-Allah ada rezeki, ada lah. Ubai dan Sha tak nak stress kan diri bab anak ni.
Kita berdua kena live happily, sihat mental, fizikal, dan kewangan. Semoga awak cepat dapat baby
Pada 4 Ogos lalu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram