Perbezaan yang ketara berbanding rakan sebaya dengan hanya mempunyai ketinggian 80 sentimeter dan seberat 12 kilogram sudah cukup untuk memberi gambaran fizikal yang unik seorang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Tasik, Bukit Payong.
Menerusi laporan Harian Metro, seorang ibu meluahkan rasa sedih terhadap nasib yang berlaku kepada anaknya. Dia berharap tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan terhadap anaknya dan tidak dibuli oleh budak-budak nakal di sekolah.
Jangan membuli anaknya
Anaknya itu menjadi perhatian ramai kerana saiznya yang kerdil seperti kedua ibu bapanya. Dia berharap agar anaknya itu tidak dibuli di sekolah seperti yang dilalui dirinya dan suami.
Saya bersyukur kerana Zayan tidak mengalami masalah cuma terpaksa di tahan di wad selama dua bulan kerana tidak cukup bulan dan perlu dipantau.Memandangkan saiznya kerdil, Zayan dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) fizikal dan disarankan memasuki sekolah pendidikan khas, tetapi masih dalam proses penelitian terakhir bagi menilai perkembangannya.
Saya dan suami juga dilahirkan kerdil malah bersaiz sama seperti Zayan ketika berusia tujuh tahun, jadi kami tidak mahu dia melalui apa yang kami rasa sebelum ini.
Apabila bersaiz kecil berbanding orang lain, pastinya menjadi perhatian selain ada murid nakal mengambil kesempatan membuli kami dan kami harap Zayan tidak mengalami nasib sama seperti apa yang dilalui kami ketika zaman persekolahan.
Ajar anaknya berdikari
Saya dan isteri berasa bertuah kerana sepanjang Zayan berada di sekolah, semua cikgu memberi perhatian kepadanya malah sepupunya yang turut bersekolah di sekolah yang sama membantu menjaganya.
Setiap kali mengunjungi tempat tumpuan awam, masyarakat akan teruja apabila mengetahui Zayan berusia tujuh tahun, tetapi bersaiz kerdil sebelum merakam gambar.
Bagaimanapun, Zayan akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada akhir Mei ini kerana keadaan kepala Zayan yang agak besar sedikit itu dibimbangi mempunyai kantung air.
Bapanya pula berkata dia sering rasa bimbang akan keselamatan dan layanan masyarakat terhadap anaknya. Dia turut mengajar anaknya itu berdikari bagi menghadapi dunia luar tanpa ibu bapa.
Sumber: Harian Metro