berita

Kami Tinggal Serumah Ketika Tempoh Edah – Adam Kongsi Kisah Rujuk Dengan Fiza

August 14th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

IMG_1682

Kalau sudah jodoh tak kemana. Ikatan suami isteri antara Adam dan Fiza nampaknya masih lagi terjalin utuh walaupun mereka pernah bercerai talak satu.

Sudah pasti ramai yang sedia maklum bahawa pasangan ini telah rujuk semula pada 17  Julai iaitu bersamaan dengan 19 Ramadhan yang lalu. Malah, mereka juga kini mahu mendapatkan cahaya mata pula.

Artikel Berkaitan:Bahagia Selepas Kembali Rujuk, Adam & Fiza Mahu Segera Dapat Anak. Alhamdulillah!

Terkini, Adam yang ditemubual oleh Gua.com.my menceritakan bagaimana dia dan Fiza menjalani kehidupan mereka semasa dalam tempoh edah.

Adam-AF2-Dan-Fiza-Elite-Selamat-Bernikah-2

Foto pernikahan Adam dan Fiza

“Kami tinggal bersama sewaktu tempoh edah. Apabila saya bekerja di luar, saya akan duduk di rumah saya di Damansara dan apabila saya ada masa terluang, saya akan duduk di rumah Fiza di Taman Melawati. Bukan hari-hari tapi ada masanya.

Saya ada menonton ceramah Ustaz Azhar idrus di Youtube dan dia memberitahu mengenai hukum-hakam bagi mereka yang sudah bercerai.

Kami hanya bercerai talak satu dan dia masih isteri saya. Saya masih perlu jaga makan dan pakainya. Wajib sebenarnya bagi pasangan yang bercerai untuk tinggal bersama sepanjang tempoh edah, namun cuma tak boleh bersama dan harus tinggal di bilik yang berasingan.

Selain melakukan solat Istiqharah, saya turut mengamalkan daa-doa seharian agar jodoh kami berpanjangan. Kami juga berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing.

Selain doa saya, Fiza dan keluarga kami, doa tidak henti daripada peminat juga memainkan peranan penting dalam penyatuan semula kami.”

Adam juga memberitahu bahawa alasan utama dia dan Fiza merujuk semula adalah kerana merasakan bahawa kasih sayang anatra mereka masih lagi kuat. Meskipun begitu, mereka tidak pernah bercakap secara terus mengenai niat masing-masing.

“Kami tidak bercakap mengenai soal rujuk bukan kerana ego, namun kami menggunakan tempoh edah itu untuk berfikir secara mendalam.

Kami berfikir panjang dan bertanya sama ada selepas bersatu semula, adakah kami akan serasi lagi. Apa yang kami tahu, masing-masing mahukan perkara ini dan kami sedar yang kami perlukan antara satu sama lain.”

Bagi saya tidak ada penyesalan ketika saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai pada masa itu kerana ia memberi masa kepada kami untuk memperbaiki kesilapan masing-masing.

Saya anggap apa yang berlaku adalah takdir dan saya percaya setiap hamba Allah diberi ujian yang pelbagai atas kemampuan diri masing-masing. Saya redha dan sentiasa meminta doa agar diberi petunjuk.”

Ha.. baguslah begitu kan? Kami pun turut tumpang gembira dengan keputusan yang mereka lakukan. Semoga mereka akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Kredit foto: Instagram Fiza Halim

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×