Anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terlibat dalam operasi rusuhan kuil Sri Mariamman kini sedang bertarung nyawa. Muhammad Adib mengalami kecederaan parah patah rusuk dan pendarahan dalaman.
Tunang Muhammad Adib, Nurul Najihah meluahkan perasaan sayu mengharapkan kesembuhan tunangnya menerusi Facebooknya.
Mohon doa tunang
Nurul Najihah mendoakan supaya tunangnya itu cepat sembuh seperti sedia kala dan berharap Muhammad Adib segera sembuh kerana dia tidak kuat melihat keadaan kritikalnya.
Doakan tunang saya.. tak kuat tengok kamu macam tu.
Najihah juga meminta supaya orang ramai tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai tunangnya kerana Muhammad Adib masih sedang dalam keadaan kritikal. Dia turut meminta netizen mendoakannya.
Dalam pada itu, sepupu kepada Muhammad Adib, Hazman Ismail pula berkongsi, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga bulan depan.
Minggu lepas baru balik hantar baju kain nak buat baju nikah. Semoga semuanya selamat,semoga tabah hadapi ujian Nurul Najihah.
Netizen doakan kesembuhan
Netizen turut melahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku dan berharap agar Muhammad Adib kembali pulih.
Muhammad Adib kini dirawat di Sime Darby Medical Centre dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sumber: Nurul Najihah, Sinar Harian