Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah menerusi akaun Facebook miliknya meluahkan rasa kecewa dengan komen negatif yang ditinggalkan oleh seorang pengguna media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Yang Awak Cakap Mati Katak Tu Meninggal Dalam Keadaan Menangis’ – Ibu Sandra Dianne
Lebih mengejutkan apabila individu tersebut tergamak menuduh ibu Sandra sebagai punca kematian penyanyi itu.
‘Kuatkan hati hamba Mu’
Allahuakhbar. Banyaknya fitnah yang bertebaran. Kuatkan hati hamba Mu ini Ya Allah. Kepada **** ***, kami tak tau pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah, sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang nyawa.
Menerusi perkongsian itu, ibu Allahyarham turut memuatnaik beberapa screenshot komen berbaur fitnah dari seorang individu. Tidak cukup dengan itu, individu terbabit mendakwa Syakinah dan keluarga sengaja menyuruh doktor menghentikan bantuan alat pernafasan Sandra. Menurut Syakinah, dia langsung tidak mengenali individu yang tergamak memberi komen sebegitu terhadap kematian Allahyarham.
Tergamak tuduh macam tu
Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yang harus saya pikul. Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya. Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!
Syakinah menyifatkan komen yang ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab itu adalah satu fitnah buat dirinya dan keluarga. Dikala sedang bersedih dengan pemergian insan tersayang, mereka sekeluarga masih tidak henti-henti menerima kritikan dan komen yang langsung tidak masuk akal.
‘Ini fitnah’
Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ni. Selepas 3 hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen. Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Sila rujuk gambar!
Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum. Keadaannya menjadi tenat mulai jam 11pm sehingga lah membawa kepada kematiannya pada jam 1am Jumaat. Ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia. Jadi, di mana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasanya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?! Ini fitnah dan saya akan saman kamu.
Sementara itu, Syakinah turut menjelaskan keadaan Sandra sebelum dia pergi dijemput Ilahi. Menurut Syakinah, anaknya itu sudah boleh bernafas sendiri selepas menjalani pembedahan. Bagaimanapun, sehari kemudian, keadaan kesihatan anaknya itu semakin merosot sehinggalah pada jam 1 pagi (jumaat), Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya. Dalam kesempatan itu, Syakinah memaklumkan akana mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit kerana menyebarkan fitnah.
Sumber: Facebook