berita

‘Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya’ – Kronologi ‘Perang Dingin’ Tun Mahathir & TMJ Mengenai Statut Rom

April 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan memberitahu keputusan ini dibuatkan kerana terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengheret institusi Raja menentang kerajaan.

Walaupun tidak menyebut siapakah individu tersebut, kelantangan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menegur kerajaan tentang Statut Rom ini memberi bayangan seolah beliau merupakan individu yang dimaksudkan. ‘Perang dingin’ diantara mereka berlarutan sehingga ke hari ini dan berikut merupakan kronologi konflik.

Kenapa perlu tergesa tanda tangan Statut Rom

Bermula pada 10 Mac yang lalu, TMJ membuat kenyataan melalui akaun rasmi Facebook miliknya mempersoalkan kerajaan persekutuan yang ingin menandatangani perjanjian Statut Rom tanpa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.

Tun Mahathir membidas kenyataan TMJ menerusi Berita Harian pada keesokan harinya mengatakan bahawa pendapat TMJ merupakan pendapat beliau sendiri.

Dia bukan wakil rakyat. Bercakap untuk diri dia sahaja.

Tidak mengikut perlembagaan

https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/videos/2328847190732842/

Pada 2 April TMJ telah memuat naik satu kenyataan di laman Facebook miliknya mengatakan bahawa kerajaan persekutuan telah melakukan dua perkara yang tidak mematuhi perlembagaan. Isu pertama ialah kerajaan negeri Johor dan Sultan Johor tidak diberitahu berkenaan dengan projek STS di perairan Johor. Isu kedua ialah di mana perjanjian Statut Rom tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Apa itu Statut Rom?

Seterusnya pada 5 April yang lalu, TMJ menerangkan apa itu Statut Rom kepada rakyat supaya mudah untuk difahami melalui akaun Facebooknya.

Beliau turut mempersoalkan apa yang berlaku kepada Palestine tidak sewajarnya terjadi jika semua perjanjian antarabangsa adalah perjanjian yang bagus.

Malaysia tarik diri dari Statut Rom

Pada 6 April yang lalu, Berita Harian melaporkan bahawa kabinet membuat keputusan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana timbul kekeliruan dalam masyarakat dan disebabkan cubaan pihak tertentu untuk mengheret Institusi Raja menentang kerajaan.

Tun Mahathir juga berkata terdapat pihak yang menjadikan keputusan Malaysia menerima statut itu sebagai isu politik untuk memberi gambaran buruk terhadap beliau selaku Perdana Menteri dan kerajaan.

Selepas Malaysia menarik diri dari Statut Rom Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Ismail mengeluarkan kenyataan melalui akaun rasmi Facebook mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang mendengar suara rakyat dan menghormati serta menerima pandangan Majlis Raja-Raja.

TMJ boleh diambil tindakan jika ada unsur hasutan

Kita anggap dia (Tunku Ismail) sebagai orang biasa, boleh mengkritik kerajaan, asalkan dia tak melanggar undang-undang.

Jika dia buat kenyataan dianggap menghasut, kita akan ambil tindakan terhadapnya. Dia tidak kebal daripada undang-undang, malah tiada sesiapa di Malaysia yang melangkaui undang-undang.

Tiada apa pun yang boleh menghalang rakyat Malaysia daripada menyatakan pandangan dan dia (Tunku Ismail) adalah rakyat Malaysia, tidak lebih daripada itu.

Pada 9 April yang lalu, menerusi Berita Harian Tun Mahathir Mohamad berkata TMJ bebas untuk mengkritik kerajaan sama seperti rakyat negara ini yang lain. Beliau turut berpendapat bahawa jika TMJ mengeluarkan kenyataan berunsurkan hasutan, TMJ boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Finish what you start

Terkini, TMJ melalui Facebooknya berkata dia rela jika dia terpaksa dikenakan tindakan kerana mempertegakkan perlembagaan, raja-raja melayu, dan Islam kerana dia berhak untuk bertanya soalan dan memberi pendapat.

Selepas Tunku Ismail mengeluarkan kenyataan tersebut, Syed Saddiq menerusi Twitter membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa Tunku Ismail perlu menghormati hak rakyat untuk membalas kritikan tanpa perlu memperlekeh, mengugut atau mencaci.

Sumber: Berita Harian, Tunku Ismail, Sultan Ibrahim, Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×