berita

‘Kamu Takkan Dapat PhD Dalam Masa 3 Tahun. Lebih Lama Kamu Belajar, Kamu Akan Jadi Lebih Baik’

November 13th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Impian untuk mengenggam segulung gelaran Doktor Falsafah bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dihadapi satu demi satu. Ada kalanya kita hampir putus ada dalam menghabiskan pengajian tahap PhD ini. Tapi percayalah, ada hikmah disebalik kesabaran itu.

Pengalaman ini dikongsi pengguna Facebook, Hasiba Kamarudin meskipun agak kecewa kerana gagal graduate on time (GOT) namun, dia percaya akan hikmah yang berlaku. Apa yang pasti, anak menjadi pendorong dan semangat untuk dirinya teruskan perjuangan ini. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat anda!

Impian nak GOT hancur

Bila aku tukar tajuk dan supervisor pada tahun ke 3 PhD aku, cita – cita aku nak GOT (graduate-on-time) hancur.

Aku memang kecewa tapi aku masih ingat kata – kata lecturer aku di Sheffield dulu, Prof John David.

“I don’t understand why Malaysians come to UK to pursue PhD and want to complete it in 3 years. You can’t get a PhD in 3 years. The longer you learn, the better you become. The longer you do your research, the better it will turn out. Only then, you are qualified to be a doctorate.”

Sebab itu bila Dr Ashriff, supervisor baru aku tanya banyak kali betul ke aku nak mula semua dari 0. Aku jawab ya saja.

Pun begitu, jalan PhD aku masih susah sampai banyak kali aku consider nak mati. Yang ini tak ramai yang tahu sebab mereka ingat aku kuat. Padahal mereka tak nampak aku menangis macam orang gila dalam dark room tempat aku buat eksperimen.

Hud Saleh banyak kali pesan pada aku, “Sayang ingat senang ke mati? Mati lagi susah. Baik sayang siapkan PhD ni. Tak kisah lah ambil masa berapa lama. PhD ini benda yang sayang nak buat, kalau tak habis nanti sayang menyesal. Saya support semua. Lagipun kesian Dr Ashriff.”

Setiap kali aku terfikir pasal PhD, memang dua orang manusia ini lah yang muncul dalam otak aku – Hud dan Dr Ash.

Kalau aku stress bila eksperimen gagal, sample terbakar, mesin rosak dan rasa macam tak ada jalan dan harapan dah, aku akan pergi membebel pada Dr Ash. Dan setiap kali itu, dia mesti akan tunjukkan pada aku satu grafik learning curve yang dia tampal dalam bilik dia, “Awak sekarang kat sini Hasiba, kat bawah ini. Tapi awak sedang mendaki ke puncak. Menuju ke atas ini. Cuba lagi.”

Walaupun pelbagai kata – kata semangat yang orang beri, aku bukanlah terus pergi dan cuba lagi. Biasanya aku akan stop buat beberapa hari, bergantung pada tahap stress. Sebab itu aku buat keputusan untuk pregnant pada tahun aku tukar supervisor tu.

Anak memahami

Alhamdulillah aku dapat Adil. Allah saja yang tahu betapanya aku bersyukur dapat Adil – anak yang menyampaikan isi hati seorang anak bila Umar tak mampu untuk menyuarakan dengan percakapannya. Allahuakbar!

“Mama siapkan jelah PhD tu. Tak payah nak stress stress”

Mama ni pelik lah, sekejap stress, sekejap gembira. Marilah main. Tak payah buat kerja,” itulah antara kata – kata semangat yang Adil beri pada aku. Hard but real. Haha.

Tapi betul, antara benda yang menyebabkan aku boleh teruskan lagi dan lagi dan lagi bila kesusahan asyik datang dan datang adalah aku selalu ambil time-out bila stress. Sebabnya adalah untuk pastikan aku tak gila. Untuk pastikan aku masih boleh berfungsi sebagai isteri, ibu, anak, ahli jemaah dan lain – lain dengan baik walaupun PhD aku macam loser.

Satu lagi sebab bila aku ambil time-out beberapa hari dari PhD, akan terbit rasa bersalah bila lama tinggal. Haruslah, sebab kadang – kadang sampai seminggu aku tak buat apa – apa, lagi – lagi bila sibuk dengan terapi dan appointment Umar. Selepas time-out tu, biasanya aku akan kembali ke lab dengan semangat baru dan hadap lagi kesusahan itu sampailah berjaya.

Alhamdulillah not bad juga sebenarnya. Viva voce dan final submission aku agak smooth-sailing. Score kebanyakan chapter thesis aku cemerlang. Internal examiner suruh aku tulis buku, external examiner ajak aku jadi post-doc dia. Padanlah dengan PhD 6 tahun tu.

Aku juga dapat publish tiga paper ke Q1 journal, satunya co-author. Aku juga publish beberapa conference paper dan satunya ke International Photonic Conference di Hawaii yang mana Dr Ash satu – satunya orang Malaysia di situ.

Aku gembira bila dapat hantar Dr Ash ke conference untuk present paper aku demi membalas jasa dia dan sebab aku memang malas travel. Haha.

Ini antara perkara yang aku belajar dari PhD

Apapun antara benda yang aku belajar dari PhD ini adalah,

1. Walaupun susah mana benda yang kita hadap, percayalah yang ada ramai manusia yang Allah akan hantar untuk tolong dan doakan kita. Kita hadap sajalah ujian ini sampai habis.

2. Ambil masa untuk time-out. Tak berbaloi dapat PhD tapi gila. Lagilah tak berbaloi tak dapat PhD kemudian gila. Harsh? It’s true.

3. Tahu apa yang utama dan utamakan yang itu. Tak berbaloi dapat PhD tapi kita hilang benda yang utama.

4. Bersyukur dengan benda yang kita dah ada walaupun PhD belum ada – keluarga bahagia, anak – anak sihat sempurna, kewangan yang baik, tempat tinggal, makanan, pakaian.

5. Take it step by step. Maybe it is just a baby step but it’s OK, at least it is a step for that specific time. It’s a good step.

6. Ada orang kata enjoy your PhD tapi aku tak pernah enjoy my PhD. I just enjoy my life – with PhD as part of it. So continue enjoying life with PhD as a small part of it.

7. Live at the present. Live in the now. Fokus pada masa sekarang. Tak payah fikir berapa tahun kita dah lepas atau berapa tahun lagi kita nak habis, fokus pada apa yang kita buat sekarang, now now.

8. Bila kita rasa nak give up tu, percayalah yang kita belum mahu give up. Syaitan je yang menghasut kita tu. Siapkan saja apa yang kita dah mula tu.

9. Selalu menulis. Kalau bukan thesis, tulis bebelan pasal PhD pun tak apa. Tulis di FB pasal apa – apa pun tak apa. Writing is a therapy to keep us sane.

10. Spend masa untuk orang lain juga. Pergi usrah, jumpa orang, minta mereka doakan kita.

Akhir sekali saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Hud yang selalu memberi semangat, duit, masa dan semuanyalah.

Pada Umar dan Adil, terima kasih sanggup bertahan dengan mama. Keluarga dan keluarga mertua yang selalu tolong jaga anak – anak. Thanks Elin Cgu Hazlin Kamaruddin sanggup datang dari Johor untuk convo kakak dia ni. Molek Lin.

Terima kasih juga Puan Punia Punia Turiman sanggup tunggu student dia di bawah matahari terik untuk ucapkan tahniah dan beri bunga. Maaf sangat Teacher tunggu lama. Saya sangat terharu dan rasa bersalah biarkan Teacher tunggu lama. All the best Teacher for your PhD! InsyaAllah aminn!

Ya Allah kurniakan lah apa saja kebaikan pada orang – orang yang baik di sekeliling aku ini. Aminn!

Sumber: Hasiba Kamarudin

SKIP THIS AD ×