berita

Kan Dah Kata Tak Boleh Dine-In. Tak Pasal-Pasal Kena Kompaun RM2,000 Seorang!

June 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Meskipun, umum sudah mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) telah berkuatkuasa bermula 1 Jun hingga 14 Jun, namun, masih ada segelintir individu degil dengan menikmati juadah di kedai makan. Menerusi laporan pihak polis, didapati seramai lima individu dan pemilik premis kedai makan dikenakan kompaun kerana didapati bersalah melanggar SOP sepanjang PKP 3.0 dilaksanakan.

Langgar PKP 3.0

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, SAC Dato Haji Azman Ayob melaporkan terdapat sebuah premis di aras enam kompleks perniagaan di ibu kota ingkar dengan arahan PKP 3.0. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima pelanggan yang sedang menjamu selera di premis tersebut.

Susulan itu, kesemua pelanggan masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000 manakala pemilik premis dikompaun hingga RM 10,000 di atas kesalahan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang melarang mana-mana individu dine-in di kedai makan.

Sumber: Polis Kuala Lumpur

SKIP THIS AD ×