Sekadar gambar hiasan
Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dipercayai menjadi hamba seks berjaya diselamatkan polis dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Terlalu Comel, Budak 2 Tahun Dirogol Jiran – ‘Dia Mengadu Kemaluan Sakit..’
Budak jadi hamba seks
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai, pihak polis turut menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
Hasil siasatan awal mendapati, seorang lelaki berusia 44 tahun berperanan sebagai ‘runner’ dan ‘transporter’ untuk menghantar mangsa sekiranya ada pelanggan yang ingin melanggan.
Dua lagi suspek berperanan untuk mencari pelanggan kepada mangsa melalui aplikasi sosial media.
Difahamkan, modus operandi kesemua suspek adalah untuk menjadikan satu kawasan sebagai transit dan mereka dipercayai bergerak secara mobil dari satu tempat ke tempat lain iaitu menggunakan inap desa atau hotel sebagai tempat beroperasi. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan tindakan mereka dihidu pihak berkuasa.
Sebanyak RM785 dan tujuh telefon bimbit pelbagai jenama dan beberapa keping kondom dirampas.
Suspek direman sehingga tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12/14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007.