berita

Kanak-Kanak 6 Tahun Tanggung Derita Kanser Neuroblastoma

April 26th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Derita yang ditanggung Muhammad Qayyum Roslizam akibat penyakit kanser Neuroblastoma tahap empat sukar digambarkan. Keadaan kanak-kanak itu kelihatan teruk dan mengebabkan kedua-dua matanya membengkak hingga menjejaskan penglihatannya. Tubuh kurus dan tidak lagi mampu berjalan.

Derita tanggung kanser Neuroblastoma

https://www.youtube.com/watch?time_continue=37&v=ySzWCO2Yjsg

Selepas pihak hospital memaklumkan anak saya mungkin menghidapi kanser saraf, Muhammad Qayyum kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan menghidap kanser terbabit dan menjalani rawatan kimoterapi selama setahun. Pada penghujung tahun lalu, penyakit dialaminya semakin merebak hingga memberi kesan kepada keadaan fizikalnya.

Menurut ayahnya, Roslizam berkata penyakit anak keduanya ini mula dikesan penghujung 2014 apabila matanya kelihatan bengkak seperti ada ketumbuhan. Terus dibawa anaknya itu ke Hospital Taiping sebelum menerima rawatan selama sebulan di sana.

Kini Muhammad Qayyum hanya bergantung pada ubat penahan sakit dan perlu menambah darah selain menjalani rawatan susulan kira-kira tujuh kali sebulan bergantung kepada keadaannya.

Selain rawatan hospital, dia turut mendapat rawatan menggunakan kaedah rawatan tradisional, namun keadaan Muhammad Qayyum semakin membimbangkan dan kanak-kanak itu sering menangis kerana kesakitan.

Kami hanya bertawakal dan berserah kepada Ilahi dalam mengubati penyakitnya, biarpun doktor mengesahkan penyakit dialami berada di tahap empat.

Credit: myMetro

SKIP THIS AD ×