berita

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dilanggar Bugi Golf Dipandu Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun

July 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut dilanggar kereta golf dalam satu kejadian yang berlaku di Lee County, Fort Myers, Florida pada Isnin.

Artikel Berkaitan: Kawan-Kawan Naik Basikal, Budak 11 Tahun ‘Show Off’ Pandu Kereta

Dipandu kanak-kanak usia 3 tahun

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan CNN, bugi golf tersebut dipandu oleh seorang kanak-kanak yang baru sahaja berusia tiga tahun.

Kanak-kanak itu difahamkan memandu bugi golf tersebut sehingga menghampiri selekoh kanan berdekatan dengan sebuah rumah sebelum bahagian depan kenderaan itu melanggar mangsa yang berdiri di halaman depan rumah berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan tidak memakai sebarang alat keselamatan manakala kanak-kanak yang melanggarnya tidak memakai tali pinggang keledar.

Mangsa yang cedera parah terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Pegawai penguat kuasa di Florida sedang giat menjalankan siasatan berhubung kejadian ini.

Dalam pada itu, terdapat satu kajian dibuat American Academy of Pediatrics (AAP) yang menunjukkan lebih 6,500 kanak-kanak cedera akibat bugi golf setiap tahun dengan lebih separuh daripada mereka adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Sumber: CNN

SKIP THIS AD ×