Kejam! Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki kepada ibunya sendiri. Mangsa berusia dua tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas lantai di kediaman pangsapuri Vista, Damansara.
Tidak sedarkan diri
Memetik laporan Kosmo, mayat kanak-kanak itu ditemui oleh ibunya sendiri apabila baru sahaja pulang ke rumah selepas keluar membeli makanan. Difahamkan, berlaku pertengkaran antara ibu mangsa dan teman lelakinya yang berusia 23 tahun itu sebelum si ibu keluar.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal menerima laporan kejadian daripada ibu mangsa pada jam 11.45 malam.
Sebaik pulang, ibu mangsa mendapati anaknya berada di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala suspek berusia 26 tahun itu tiada di rumah.
Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan ada kesan kecederaan pada bahagian belakang kepala mangsa, namun punca kematian masih belum diketahui dan kita masih menunggu laporan bedah siasat.
Melarikan diri
Bagaimanapun, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung suspek yang bernama B. Jeetendraj itu. Suspek dipercayai telah mendera kanak-kanak berusia 2 tahun itu sebelum melarikan diri.
Berdasarkan maklumat polis, alamat terakhir suspek di Jalan Nuri Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu dan dia memiliki sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dengan nombor pendaftaran VCT 4194.
Kita minta suspek serah diri atau sesiapa yang mengenalinya tampil menyalurkan maklumat.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Sumber: Kosmo