berita

Kanak-Kanak Dipaksa Ibu Angkat Ambil Dadah, Makan Lampin Kotor..‘Dijual’ Jadi Pemuas Nafsu Pedofilia

June 2nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang wanita didakwa membiarkan kanak-kanak dalam jagaannya berhadapan penderaan seksual sehingga membayar pedofilia untuk melakukan hal tersebut.

Artikel Berkaitan: Gadis Bawah Umur Dirogol 11 Orang Sehingga Rahim Mengalami Jangkitan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Didakwa Paksa Anak Minum Arak, Ibu Bakal Failkan Rayuan Kepada Mahkamah

Artikel Berkaitan: Dirogol Lelaki Belakang Rumah Sampai Hamil, Remaja 15 Tahun Terkejut Tengok Janin Dalam Mangkuk Tandas

Dipaksa ambil dadah

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Mail Online, suspek yang dikenali sebagai Svetlana Plyushko itu mengambil kanak-kanak dari Ukraine untuk dijadikan anak angkat di bawah jagaannya.

Namun begitu, Plyushko berhadapan dengan tuduhan penyeksaan apabila didapati melakukan beberapa hal yang merujuk kepada kes dera seperti memaksa mangsa memasukkan lampin kotor ke dalam mulut.

Difahamkan, suspek melakukan hal penderaan ini terhadap 10 kanak-kanak yang menjadi anak angkatnya iaitu antara empat dan 16 tahun.

Dia pernah memaksa mereka mengambil dadah.

Apa yang lebih jijik, suspek membayar dan menerima pendapatan daripada membayar pedofilia untuk merogol kanak-kanak tersebut.

Susulan daripada itu, Plyushko bakal dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.

Sumber: Mail Online

SKIP THIS AD ×