Tular baru-baru ini perkongsian tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan ketika tinggal di bawah jagaan bapanya.
Artikel Berkaitan: Ibu Tunggal Dedah Sebab Anak Dijaga Nenek, Kerja Tak Menentu Masa Bukan Sengaja ‘Lepas Tangan’
Artikel Berkaitan: Dokumen Tuntutan Hak Penjagaan Anak Tersebar, Fatin Afeefa Mohon Hentikan Spekulasi
Dipaksa minum arak
Perkongsian oleh Yuseri Yusoff
Menerusi perkongsian oleh Yuseri Yusoff di Instagram (IG) dan TikTok, kanak-kanak berusia 9 tahun itu merupakan anak kepada pasangan Orang Asli. Setelah bercerai ibu kepada kanak-kanak itu telah memeluk agama Islam, sementara bapanya masih dengan kepercayaan asal.
Kemelut hak jagaan anak pasangan itu bermula semasa kanak-kanak itu berada di bawah jagaan bapaya. Menurut keterangan daripada Yuseri Yusoff, bapa kanak-kanak itu memaksanya minum arak selain pernah menjadi mangsa penderaan dan buli sebelum ibunya membawanya ke Terengganu.
Isunya, sewaktu dengan bapa anak ini dipaksa minum arak selain ayah bersekedudukan dengan perempuan dan tidak peduli tentang anaknya sebelum ini.
Ketika dijaga oleh ayahnya, si anak ini diserahkan ke merata tempat dan menjadi mangsa penderaan dan buli sebelum si ibu membawa lari ke Terengganu.
Anak diserahkan kepada bapa
Rentetan itu, bapa kanak-kanak tersebut mengambil tindakan dengan membuat permohonan hak penjagaannya. Difahamkan pada Khamis lalu mahkamah telah memerintahkan si ibu untuk menyerahkan anak kepada bapanya.
Bekas suami memfailkan permohonan mendapatkan hak penjagaan dan dibantu beberapa NGO bertindak menyediakan peguam dari firma terkemuka. Manakala si ibu tiada siapa bantu dan hanya berharap dengan Biro Bantuan Guaman.
Tadi Hakim enggan mendengar permohonan dari peguam pihak ibunya dengan alasan si ibu tidak hadir sebelum ini.
Selain terus keluar perintah habeas corpus di mana si ibu perlu serahkan anak kepada ayahnya. Ya, Hakim juga tolak permohonan lanjutan masa dan tidak mahu dengar EOT (lanjutan tempoh masa).
Susulan itu, ibu kanak-kanak tersebut kini dalam usaha untuk memfailkan rayuan terhadap mahkamah.
@daddy_syifaa Replying to @Daem Ya, #YYCC bersama beberapa Peguam diketuai Amin Chambers telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini. Kita jangka kes Maisarah akan berlarutan sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan kita mohon sokongan semua bagi menampung kos guaman. Boleh klik link di bio saya. #JusticePeaceHumanity #NoJusticeNoPeace #SelamatkanMaisarah