berita

Kanak-Kanak Dua Tahun Ditemui Dalam Peti Sejuk

January 7th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Mayat seorang kanak-kanak lelaki di Thailand ditemui dalam keadaan yang menyedihkan di mana dia disumbat ke dalam peti sejuk.

Artikel Berkaitan: Ibu Bius Anak, Kurung Dalam Almari Pakaian Selama 3 Tahun Hingga Mati

Dimasukkan dalam beg

Menerusi laporan Thaiger News, polis sudah menahan seorang wanita berusia 25 tahun yang merupakan penjaga dan rakan ibu mangsa untuk disoal siasat selepas melihat kanak-kanak itu buat kali terakhir.

Menurut pihak polis, mereka menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak yang meninggal dunia di rumah dan mereka menemui mangsa dalam keadaan dibalut dengan selimut dan dimasukkan ke dalam beg.

Koi bersama teman lelakinya itu telah menjaga kanak-kanak tersebut kerana ibu bapanya merupakan penagih dadah.

Ketika disoal siasat, Koi menjelaskan dia sedang tidur bersama mangsa dan ternampak semut merayap di mata kanak-kanak itu. Malah, tangan dan mulut kanak-kanak berusia dua tahun itu dipenuhi dengan nasi melekit.

Disebabkan takut dengan keadaan tersebut, Koi dan teman lelakinya itu membuat keputusan untuk memasukkan kanak-kanak itu ke dalam beg terlebih dahulu.

Pihak polis mengesahkan ini merupakan kes pembunuhan namun, sehingga kini suspek masih belum dikenal pasti.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×