berita

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Di Tali Pengikat Langsir

March 28th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, banyak kes kematian bayi yang dilaporkan media. Terbaru, menurut laporan Astro Awani, seorang bayi meninggal dunia akibat terjerut tali pengikat langsir di ruang tamu. Kejadian berlaku di Meru Impian, Meru Raya pada petang Selasa.

Kejadian menyayat hati ini berlaku sewaktu ibu mangsa sedang memasak di dapur dan membiarkan mangsa bermain seorang diri di ruang tamu. Bagaimanapun, mangsa segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Rasa tak sedap hati

Bayi berusia 2 tahun ini dilaporkan bermain seorang diri di bahagian ruang tamu rumah. Ketika itu ibu tirinya sedang memasak di dapur dan ayah mangsa keluar mengajar di salah sebuah institusi pengajian manakala abang mangsa dihantar ke tadika.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, kanak-kanak itu meminta makanan pada ibu tirinya dan diberikan biskut sebelum meninggalkan mangsa untuk memasak di dapur.

Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi.

Cuba CPR tapi…

Ibu segera menurunkan kanak-kanak tersebut dari tali sisi tirai dan berupaya menyelamatkan anaknya melalui bantuan pernafasan (CPR), namun denyutan nadi mangsa begitu lemah. Dia segera menghubungi ambulans dan tiba di rumah pada pukul 3 petang. Mangsa segera dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan.

Hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa berpunca daripada mampatan pada bahagian leher sewaktu bayi itu tergantung.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Astro Awani, Kosmo! Online

SKIP THIS AD ×