berita

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Dihempap Tiang Batu Botol, Ibu Di Dapur Siapkan Juadah Berbuka

April 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Alor Gajah, Melaka seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dihempap tiang batu botol petang semalam.

Meninggal dunia dihempap tiang batu botol

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Nur Iman Irdina, 4, dijumpai berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali pada jam 7 malam di beranda rumah mereka. Ujar Aznynaqiah ketika insiden tersebut berlaku, dia sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur dan mangsa sedang bermain seorang diri di kawasan beranda.

Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.

Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol.

Ujar wanita ini lagi, tiang batu botol tersebut memang sudah retak dan sudah bercadang untuk membaikinya namun dia sama sekali tidak menyangka insiden tersebut meragut nyawa anak bongsunya. Susulan daripada itu, wanita ini bersama adik dan ibunya membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.

Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.

Kini, proses bedah siasat sedang dijalankan dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×