berita

Kanak-Kanak Tertelan Push Pin Sebelum Kritikal & Maut

February 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Washington, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat tertelan push pin. Insiden itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Axel sedang bermain di ruang tamu dan tertelan alat tersebut sebelum disedari keluarga dan dikejarkan ke hospital.

Tertelan push pin

Memetik laporan The Sun US, ibu mangsa iaitu Ayla Rutherford terdengar suara ahli keluarganya yang lain sedang menjerit di ruang tamu ketika dirinya sedang mandi. Ketika dia keluar dari bilik mandi, ibu mangsa terlihat suaminya iaitu Josh sedang melakukan bantuan kecemasan kepada anak mereka yang tidak sedarkan diri selepas disyaki tercekik sesuatu.

Kanak-kanak itu terus dibawa ke hospital dan doktor telah menjalankan pembedahan selama dua jam bagi mengeluarkan push pin itu yang menembus paru-paru kirinya.

Perlu mesin bantuan pernafasan

Selepas seminggu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan menjalani empat ujian mati otak, kanak-kanak itu meninggal dunia dalam pangkuan ibu bapanya di hospital berkenaan.

Saya mahu semua orang tahu, pin itu yang biasa kita gunakan untuk menggantung poster, bingkai gambar, lampu krismas dan kalendar amat berbahaya.

Jika ada alat itu di rumah, buang atau simpanlah elok-elok kerana tidak berbaloi untuk nyawa anak anda. Kami tidak mahu orang lain merasa apa yang kami rasa apabila kehilangan anak kami kerana pin itu saja.

Sumber: The Sun US

SKIP THIS AD ×