berita

Kandungan Lucah Dipadamkan Dari Tumblr Bermula 17 Disember

December 4th, 2018 | by faris
Kini Trending

App Store mengambil langkah drastik apabila menggugurkan aplikasi Tumblr kerana dipercayai dipenuhi dengan pornografi kanak-kanak baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Tumblr Akhirnya Digugurkan Dari App Store, Malaysia Catat Statistik Pencarian Pornografi Kanak-Kanak Tertinggi

Terbaru, mulai 17 Disember ini, platform media sosial yang dikenali sebagai Tumblr akan menghentikan penyebaran kandungan orang dewasa atau kandungan lucah.

Perubahan dramatik

Dasar baru yang diumumkan Tumblr itu dibuat selepas aplikasinya di ditarik semula dari App Store kerana dilaporkan terbabit dengan kandungan lucah kanak-kanak atau pedofilia.

Perubahan itu dilihat dramatik selepas platform berkenaan dikatakan telah menggalakkan penghasilan kandungan yang pelbagai termasuklah kandungan pornografi.

Beri definisi semula kandungan

Malah bagi laman yang sememangnya mengandungi bahan lucah semata-mata, ia samada akan diberikan notis amaran atau akan ditukar tetapannya kepada mod peribadi.

Dalam pada itu, pihak Tumblr juga mendefinisikan semula kandungan berkaitan orang dewasa termasuklah foto, video, GIF yang menunjukkan ilustrasi aktiviti seksual. Melalui dasar ini, kandungan erotik dan foto bogel yang mempunyai nilai berita serta hasil seni sahaja diterima untuk dimuatnaik di platform berkenaan.

Keterbukaan Tumblr terhadap kandungan seperti ini telah membuatkan aplikasi ini mendapat sambutan ramai kerana sebelum ini kandungannya lebih terarah karya seni seperti foto, kata-kata motivasi dan puisi.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×