Beberapa hari lepas, bertebaran berita kononnya kakak Emma Maembong iaitu Effa Maembong bercinta dengan Dato’ Boy Iman.
Hinggakan, Boy Iman sendiri telah memuat naik sekeping foto dengan kapsyen ‘berterima kasih’ kepada haters yang mengutuk hubungannya dengan Effa.
DBI Cinta Mati Dipadam!
Ini yang buat kami pelik, semalam apabila kami intai Intagram Effa, banyak juga foto-fotonya dengan Boy Iman.
Alih-alih, hari ini dah tak ada. Eh, dah kenapa?
Boy Iman Luah Kekesalan
Kalau korang nak tahu, melalui laman Instagram Boy Iman, dia ada meluahkan kekesalan terhadap individu yang menyebarkan gosip ini tau.
Yang buat kami ternganga tu adalah ayat ‘Ini semua punca-punca dia’. Dah putus ke?
Apa sekalipun dugaan yang pasangan ini tempuhi, kami harap mereka dapat menyelesaikannya dengan baik. Apapun, suka nau kami lihat wajah Effa yang manis ni. Persis Rozita Che Wan gitew!