berita

Kantoi Menipu, Kehidupan Keluarga Ni Berubah Teruk Setelah Bermain ‘Ouija’…Ha Jangan Tipu Tau!

October 24th, 2016 | by Mastura
Filem Antarabangsa

screen-shot-2016-10-18-at-11-47-33-am

Ini merupakan kisah sebuah keluarga yang menjadi porak peranda akibat menipu dan semuanya berlaku selepas mereka menggunakan Ouija dalam upacara berinteraksi dengan alam ghaib…

Kisah seorang ibu yang membesarkan 2 orang anak perempuan dengan menyediakan perkhidmatan yang luar biasa. Korang boleh ambil kisah mereka ni dan jadikan teladan. Jom ketahui selanjutnya…

Niat nak meringankan beban tapi dengan cara menipu..

tumblr_oe6ielctc41skd4ego1_500

Kisah tiga beranak ni sering menjadi bualan, sebab mereka dikatakan mahir memanggil roh seseorang yang telah pergi untuk bertemu dengan keluarga yang masih hidup bagi melepaskan rasa rindu.

Namun, satu hari muslihat mereka terbongkar…

‘Ouija’ bukan permainan!

ouija-giphy

Meskipun muslihat mereka terbongkar, kerja perlu diteruskan untuk kelangsungan hidup mereka sehinggalah suatu hari Ouija dibawa masuk ke dalam rumah.

Menurut kepercayaan masyarakat, Ouija sering digunakan oleh pengamal ilmu mistik sebagai alat perantara bagi menghubungan alam manusia dan alam ghaib.

Kejadian aneh mula berlaku sehingga…

ouija-2-giphy

Sejak Ouija tu dibawa masuk ke dalam rumah, banyak perkara aneh yang mula berlaku. Antaranya, anak bongsu mereka sering berkelakuan aneh seolah-olah ada sesuatu yang mengawalnya.

screen-shot-2016-10-18-at-1-05-27-pm

Bermulalah kejadian-kejadian aneh yang sangat menyeramkan sehingga berlakunya pertumpahan darah..apakah yang terjadi dengan keluarga ni? Adakah mereka akan selamat? Siapa dan apa di sebalik Ouija ni?

Nantikan kisah penuh Ouija: Origin of Evil di pawagam berhampiran korang..Seram wei!!!

Ha..Seram kan? Jadi jangan lupa untuk kosongkan jadual korang dan ajak member ramai-ramai pergi wayang dan tonton Ouija: Origin of Evil yang akan mula ditayangkan di pawagan bermula 3 November 2016 ni.

P/S: Jom kita terkejut dan takut sama-sama..Cewah!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×