Artikel Berkaitan: Suami Cerai Isteri Sarat Mengandung Sebab Skandal, Bagi Masa Seminggu Cari Bilik Sewa
Kantoi terlanjur dengan janda
Itulah perkongsian yang dibuat Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie yang dikenali sebagai Suzana Ghazali di Facebook selepas menerima aduan daripada seorang wanita yang menghubunginya melalui telefon bimbit.
Menerusi perkongsian itu juga, difahamkan suaminya bertindak begitu selepas ‘kantoi’ terlanjur dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.
Aduan daripada temujanji menerusi telefon, dia diceraikan talak tiga menggunakan SMS (suami dah sekat Whatsapp hampir setahun) bila dia tidak bersetuju dengan permohonan suami untuk bercerai.
Suami mohon untuk bercerai kerana mempunyai teman wanita lain, nak berkahwin sebab dah terlanjur dan teman wanitanya seorang janda muda ada anak kecik umur setahun. Wanita tersebut tak nak kongsi suami sebab cerai sebelum ni pun bila suami ada wanita lain.
Di akhir perkongsiannya itu, Suzana menitipkan pesanan kepada wanita itu supaya bersyukur selepas diceraikan suaminya.
Setidaknya, tidaklah wanita berkenaan hidup dalam keadaan merana bersuamikan lelaki seperti itu.
Pesan saya, bersyukurlah kerana diceraikan daripada dibiarkan merana. Sah dan nyata bekas suami dan bakal isterinya tu sekufu (sama-sama berzina). Janji Allah dalam al-Quran ialah wanita baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.
Jangan patah semangat.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Suzana mengenai kejadian yang menimpa wanita itu.
Mereka juga mendoakan agar wanita itu mendapat pengganti yang lebih baik serta menghargai dirinya seadanya.
Hantaran Facebook
Sumber: Facebook