berita

Karier Kim Seon Ho Jatuh Mendadak Sebab Pendedahan, Bekas Kekasih Rasa Bersalah

October 22nd, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Selepas pelakon Kim Seon Ho mengakui dia adalah ‘Pelakon K’ yang disebut ramai orang, dia terpaksa menanggung kerugian apabila digugurkan daripada program realiti dan filem.

Artikel Berkaitan: Paksa Gugur Kandungan, Kim Seon Ho Minta Maaf Dengan Bekas Kekasih

Rasa bersalah

Terbaru, bekas teman wanita Kim Seon Ho tampil memohon maaf dengan pendedahan yang telah dibuat. Wanita dikenali sebagai ‘A’ itu mengakui rasa bersalah dengan segala kerosakan dan impak susulan ‘spill the tea’.

Dedahnya lagi, dia sudah menerima permohonan maaf daripada Kim Seon Ho.

Saya minta maaf secara tidak sengaja menggores hati ramai pihak dengan pendedahan saya itu. Dulu kami pernah dilamun cinta.

Jadi saya rasa serba salah melihat keadaan sekarang disebabkan pendedahan yang saya buat itu. Saya sudah menerima permohonan maaf dia.

Padam perkongsian

Dalam pada itu, wanita ‘A’ menyedari ramai pihak yang terluka disebabkan perkongsian yang dibuatnya itu justeru dia memilih untuk memadam hantaran tersebut.

Saya rasa ada sedikit salah faham. Saya tidak mahu apa-apa selain kebenaran. Ramai orang terluka disebabkan perkongsian saya itu. Jadi, saya akan padam perkongsian itu nanti.

Sebelum ini, wanita ‘A’ tanpa nama mendedahkan bahawa ‘Pelakon K’ telah memujuknya untuk melakukan keguguran dengan alasan ingin berkahwin.

Tiga hari kemudian, pelakon drama Hometown Cha-Cha-Cha tampil mengakui bahawa dia adalah ‘Pelakon K’ yang dikhabarkan terlibat dalam kontroversi itu.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×