berita

Karl Shafek Kekwat Memilih Watak?

October 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Penghijrahan daripada dunia penerbangan (pramugara) ke dunia industri hiburan merupakan pilihan yang tepat apabila melihat pakej yang ditonjolkan oleh selebriti kacak ini. Khairul Shafek Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Karl Shafek, 32 tahun, kerap kali muncul di kaca TV menjadi pengacara dengan stail yang tersendiri. Bahkan, baru-baru ini beliau tampil menghiasi filem “Zaiton Ceritaku” dengan gaya lakonan yang lain daripada yang lain dimana watak tersebut merupakan watak yang mencabar untuk menyempurnakan tanggungjawab.

Dipercayai, Karl merupakan seorang yang memilih watak dari segi tawaran lakonan. Duit dan glamor bukanlah isu utama sebab-sebab memilih dalam watak yang ditawarkan. Bagi beliau, watak menarik dengan jalan cerita yang mampu memberikan pembelajaran terbaik kepadanya serta mampu mencungkil bakatnya merupakan pilihan beliau.

“Saya memilih dari segi watak yang ditawarkan. Seperti tempat belajar, sudah semestinya kita inginkan pusat institusi yang bagus.”

Watak Shamsul yang dilakonkan oleh Karl Sahfek sebagai adik lelaki rapat kepada Zaiton Sameon dijiwai dengan sempurna. Walaubagaimanapun,  beliau masih bimbang kalau-kalau menyinggung perasaan individu tersebut dengan cara lakonan yang salah. Beliau menambah, “Saya nervous dan pressure untuk melakonkan watak ini. Lebih-lebih lagi tuannya masih hidup dan berlakon bersama barisan pelakon yang berpengalaman.”

Namun bagi pelakon muda ini, filem pertama yang dilakonkan itu diharapkan mampu memberikan kesan mendalam kepada penonton yang melihat kerana itu merupakan matlamatnya dalam menyampaikan watak yang dijiwai. Walaubagaimanapun, beliau turut berharap agar ditawarkan dengan watak yang lebih mencabar seperti watak pemuzik Rock mahupun watak orang kurang upaya supaya ianya boleh mencungkil bakat terpendam dalam dirinya.

Jika dahulu, beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang yang pemalu. Namun, setelah melihat hasil kerjanya dalam filem “Zaiton Ceritaku” seolah-olah beliau bijak menangani masalah pemalu tersebut. Menurut Karl, beliau masih lagi seorang yang pemalu namun setelah menjadi pramugara sifat pemalu beliau sedikit demi sedikit semakin terhakis. Tambahan pula sejak memasuki ke alam industri hiburan, berkerja di hadapan lensa kamera membuatkan beliau semakin berani.

“Saya masih pemalu di khalayak ramai, namun di lensa kamera saya tahu tugas saya, dan apabila saya sudah biasa dengan orang sekeliling, perasaan pemalu itu akan hilang secara tiba-tiba dan saya rasa itu tak ada masalah.”

Apa-apa pun, keberanian dan keyakinan beliau telah membuka mata pengarah Esma Daniel untuk memilih beliau membintangi salah satu watak penting dalam filem “Zaiton Ceritaku” sebagai adik lelaki Zaiton Sameon. Lakonan yang dibawa dengan jalan cerita yang menarik sedikit sebanyak mampu melonjakkan nama beliau ke persada seni kelak.

SKIP THIS AD ×