berita

Karnival Planet Gempak Astro Serang Pulau Pinang Minggu Ini!

June 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Wakil Astro,  saluran2 antarabangsa dan antara personaliti yang menjayakan Astro Gempak

Bermula 29 dan 30 Jun ini, pihak stesen televisyen berbayar, Astro bakal menganjurkan Karnival Planet Gempak, yang akan diadakan dilokasi pertama mereka di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, En. Khairul Anwar Salleh, karnival ini merupakan salah satu inisiatif Astro untuk lebih memahami para pelanggan mereka dan dalam masa yang sama turut membuktikan bahawa Astro tetap menghargai pelanggan yang banyak menyokong program mereka selama ini.

Penganjuran Planet Gempak merupakan antara usaha kami turun padang untuk lebih mengenali para pelanggan kami, dan ia platform terbaik bagi Astro sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan selama ini. Andalah inspirasi yang membakar semangat kami di Astro untuk terus menyediakan perkhidmatan dan program terbaik lagi segar, apatah lagi terdapat banyak permintaan untuk mengadakan program yang lebih interaktif dan dekat dengan kehidupan para pelanggan kami.

Khairul & Jastina bersama Spongebob & Patrick

En. Khairul bersama maskot Spongebob & Patrick

Memandangkan ini merupakan karnival sulung Planet Gempak Astro, oleh itu pihak stesen televisyen berkenaan bakal mempersembahkan pelbagai aktiviti dan gerai menarik untuk para pengunjung yang hadir. Dalam pada itu, para pengunjung turut berpeluang beramah mesra serta berinteraksi dengan lebih dekat barisan selebriti program terkenal Astro seperti Fear Factor Selebriti Malaysia, Masterchef Malaysia, Kilauan Emas, Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Berikut merupakan jadual jelajah karnival Gempak Astro di empat lokasi terpilih :

Planet Gempak Astro

SKIP THIS AD ×