berita

‘Kartun Malaysia Lagi Layak’ – Netizen, Penggiat Animasi Berang Kenapa Pilih Doraemon Promosi Tahun Melawat Malaysia

April 24th, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini Balai Seni Lukisan Negara telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan pameran lukisan bertemakan animasi terkenal Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Bagaimanapun, cadangan telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Berikutan itu, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah tampil dan menafikan cadangan tersebut.

Reaksi daripada pelbagai pihak

‘Saya tidak pernah luluskan’

Menerusi Harian Metro, Menteri MOTAC, Datuk Mohammaddin Ketapi menyatakan bahawa beliau tidak pernah meluluskan sebarang cadangan membabitkan watak kartun animasi Jepun tersebut.

Saya tidak pernah meluluskan sebarang gerak promosi membabitkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita.

Sebaliknya ia adalah kenyataan peribadi pengerusi Balai Seni Negara ketika menghadiri majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), bulan lalu. Ia cadangan beliau dan jika perkara itu diangkat kepada saya, saya tidak akan luluskan.

Ada banyak watak animasi tempatan

Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Ameir Hamzah Hashim juga telah tampil memberikan kenyataan bahawa sepatutnya pihak kerajaan memilih watak animasi tempatan untuk promosi Tahun Melawat Malaysia.  Ia sebagai satu penghargaan dan meraikan karyawan animasi tempatan berbanding Doraemon.

Malaysia tidak kurang hebatnya dengan watak animasi sedia ada. Antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain lain yang pernah dan masih digemari penonton.

Menurutnya lagi Animas tidak pernah menghalang sebarang mempromosi negara dan industri pelancongan tapi mereka mengharapkan karya tempatan juga boleh diangkat ke peringkat antarabangsa.

Namun kami mengharapkan karya tempatan dapat dibariskan bersekali atas sifat silang budaya, selain menjulang kreativiti tempatan kepada khalayak antarabangsa.

Tahun Melawat Malaysia 2020 juga menjadi medan menzahirkan budaya kita kepada pelancong dari pelbagai pelusuk dunia.

Sumber: Harian Metro & Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×