berita

Kasih Berbisik Gabungkan Pelakon Dari 3 Negara

September 25th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Kasih Berbisik (1)

Rindukan lakonan Remy Ishak dan Keith Foo? Haa, buat peminat jejaka-jejaka sado ini, tak lama lagi mereka bakal keluar dengan drama terbaru tau.

Yang paling best, kedua-dua aktor kacak ini akan digandingkan bersama dalam sebuah drama yang menggabungkan 3 negara yang berjudul ‘Kasih Berbisik’.

Berlatarbelakangkan kehijauan Malaysia, kota metropolitan Singapura, dan permandagan Bali yang eksotik, drama ini bukan saja dilakonkan oleh Remy dan Keith, ia turut menjadikan Tasha Shilla, Normah Damanhuri serta selebriti Singapura dan Indonesia iaitu Nurul Aini, Nick Mikhail dan Demmy Febriana.

Poster Kasih Berbisik

Tak sabar nak tunggu? Nanti dulu, drama hebat ini bakal keudara tak lama saja lagi bermula 1 Oktober 2014, setiap hari Rabu jam 9 malam.

Haa, jom pakat ramai-ramai duduk depan televisyen. Kalau tak sempat jangan risau, tonton.com.my. kan ada. Hehehe. Semuanya jadi mudah kan!

Okay nak Mira sertakan quick sinopsis buat korang ya. Hmm, cerita ni sebenarnya mengisahkan Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana.

Kasih Berbisik (4)

Andi pula, seorang jurugambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Dek kerana itu, Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana).

Namun, Sulastri sebenarnya berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan.

Demi cinta, Imran telah berkahwin dengan Sulastri walaupun dia sebenarnya sudah mempunyai isteri iaitu Nora (Nurul Aini) namun tak dikurniakan cahaya mata.

Kasih Berbisik (2)

Selama 5 tahun Imran menyimpan rahsia, akhirnya semua terbongkr apabila Sulastri mati dan Imran kembali memberitahu perkara sebenar kepada Nora.

Haa, apa yang akan berlaku seterusnya? Apa sebab kematian Sulastri? Sama-sama kita nantikan perjalanan drama ini nanti.

Apapun, syabas kami ucapkan kepada TV3, Primeworks Studio dan Media Corp kerana berjaya menghasilkan drama yang dijangka menjadi hit ini!

SKIP THIS AD ×