berita

Kasut Tinggi Selebriti Hollywood Yang Menyiksakan

July 26th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Kasut tinggi dan wanita merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Pemakaian kasut tinggi dikatakan mampu menyerlahkan lagi penampilan setiap wanita dan bisa membangkitkan lagi aura anggun dan seksi wanita sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai wanita rela menyiksakan diri sendiri asalkan kelihatan cantik dan style sepanjang masa.

Berikut merupakan beberapa jenis kasut tinggi pilihan selebriti Hollywood yang menyiksakan :

Victoria Beckham

Victoria Beckham merupakan salah seorang selebriti yang gemar menggayakan kasut tinggi, sehingga beliau dilabelkan sebagai “Queen of High Heels”. Menurut sumber, beliau sering menggayakan kasut tinggi di acara keramaian sama ada formal mahupun kasual. Pereka kasut kegemaran Victoria Beckham adalah Christian Louboutin. Kasut tinggi yang digayakan oleh Victoria Beckham ini kelihatan sungguh elegan dan menarik. Kombinasi rona hitam dan merah ini menyerlahkan lagi penampilan beliau.

 Emma Roberts

Pelakon, model dan penyanyi Emma Robert merupakan peminat baru untuk kasut tinggi bersifat ekstrem. Kasut daripada rona hijau, kuning dan pink ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Walaupun kasut tinggi ini menyiksakan si pemakai, tetapi kombinasi ronanya yang ideal mampu memikat hati setiap wanita.

Kim Kardashian

Seperti Victoria Beckham, Kim Kardashian juga merupakan salah seorang peminat kasut rekaan Christian Louboutin. Kim dikatakan gemar menggayakan kasut tinggi berupa ekstream sehingga mencecah ketinggian 5 inci untuk setiap kasut pilihannya. Walaupun kasut ini menyiksakan kaki, demi kecantikan dan gaya yang hebat beliau sanggup menahannya.

Jennifer Lopez

Jennifer Lopez atau lebih mesra dipanggil J.LO telah bertahun-tahun menggayakan kasut tinggi berupa ekstream. Kasut tinggi yang beliau gayakan ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Walaupun kasut ini kelihatan amat menyiksakan, tetapi ia mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai dengan padanan tali halus di sekeliling pergelangan kaki.

Colleen Rooney

Isteri kepada pemain bola sepak Wayne Rooney, iaitu Colleen Rooney merupakan salah seorang yang menggemarkan kasut tinggi bersifat ekstream. Kasut tinggi yang digayakan oleh Colleen ini kelihatan sungguh unik dan menarik dengan padanan corak daripada motif kulit ular sawa. Tumitnya yang runcing dan tinggi bisa menyerlahkan lagi gaya seksi si pemakai.

Kredit Foto : MSN Life and Style

SKIP THIS AD ×