berita

‘Kata-Katanya Bersifat Peribadi Yang Tidak Mewakili Dasar PPIM’

August 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pihak polis membuka dua kertas siasatan terhadap Asri Janggut, selepas menerima dua laporan berhubung kenyataan yang dia mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.

Artikel berkaitan: Kenyataan Mendatangkan Khianat Awam, Asri Janggut Dipanggil Ke Bukit Aman

Terbaru, menerusi Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Asri telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kesilapan dan keterlanjuran kata.

Saya mohon maaf

Demi Allah. Memohon maaf kerana Allah Taala. Saya akui kebodohan saya, kesilapan saya dan saya redha atas segala apa yang berlaku. Saya minta maaf sangat-sangat. Insyallah, saya tak akan lakukan lagi, saya tak akan ulangi lagi, saya takkan ulas apa-apa lagi.

Menurut Asri, dia meminta maaf dan tidak menyangka dia akan bercakap seperti itu. Tambahnya, dia tidak berniat sedikit pun untuk mengguris hati rakan-rakan terutama anggota PDRM dan ATM.

Kami tidak menyokong

Memetik kepada kenyataan yang diberikan En Mohd Asri Hamid. Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin memohon jutaan maaf terutamanya kepada anggota polis, anggota tentera, anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kata-kata. En Asri Janggut yang sangat tidak wajar dan tidak berasas. Kami di PPIM sama sekali tidak menyokong dan menyanggah segala tindakan yang tidak wajar yang dilakukan olehnya.

En Asri hanyalah rakan strategik PPIM dimana kata-katanya adalah bersifat peribadi yang tidak mewakili dasar PPIM sama sekali. Walau bagaimanapun kami di PPIM mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan kerana sebahagian kenyataannya dibuat semasa di platform PPIM. Kami sangat terkilan dengan perkara ini dan sekali lagi memohon jutaan kemaafan daripada semua atas sebarang tindakan yang tidak wajar. Kami sedang mengambil beberapa tindakan dan akan mengeluarkan kenyataan susulan dari semasa ke semasa berhubung perkara ini. Sekian. Terima kasih.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga memohon jutaan maaf kepada seluruh anggota polis, tentera dan anggota keselamatan yang terkesan dengan kata-kata Asri. Jelas PPIM, Asri hanyalah rakan strategik PPIM dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya itu bersifat peribadi.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×